BLACK HORSE ,MPM DIAIBKAN..

Alor Setar, 27 hb Piala Liga Futsall Kolej Universiti Insaniah yang bermula semalam menyaksikan 32 pasukan berentap merebut gelaran juara dengan 8 pasukan berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang akan bersambung minggu depan.

Perlawanan tumpuan yang membabitkan pasukan Black Horse dan Stasab  membuktikan status pasukan bukan pilihan bukan alasan untuk melakarkan kemenangan.

Semalam, pasukan Black Horse yang diperkuatkan dengan ramai pemain yang mewakili K.U.I.N dan ditambah sengat di bahagian serangan dengan sentuhan seorang penyerang liga perdana  Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 setelah tumbang di tangan Stasab seawal pusingan pertama.

Kekalahan tersebut menyaksikan Black Horse selaku pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan kali ini tersingkir kerana format pertandingan kali ini ialah kalah mati.

Turun berdepan pasukan lawan ternyata tidak menggerunkan pasukan Stasab walaupun Black Horse diperkuatkan dengan pemain yang mewakili K.U.I.N dan pemain liga perdana Sebaliknya Stasab berjaya menunjukkan belang mereka apabila berjaya mematahkan beberapa serangan berbahaya Black Horse di separuh masa pertama.

Sebaik wisel separuh masa kedua dibunyikan Stasab berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya kaearah gawang pasukan lawan namun dinafikan dengan ketangkasan penjaga gol Black Horse.

Black Horse juga turut melancarkan serangan berbahaya namun percubaan penyerang mereka yang berpangkalan di sebuah kelab liga perdana USM PP FC  hanya sekadar menyinggahi palang.

Percubaan dari pemain tengah mereka juga turut menafikan harapan Black Horse untuk terlebih dahulu berada didepan  apabila rembatan kencang pemain itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Stasab.

Namun , di akhir permainan Stasab berjaya menghukum benteng pertahanan lawan mereka yang terlalu ghairah memburu gol untuk memberikan kemanangan bemakna 1-0.

Dalam satu lagi perlawanan pasukan pilihan Mpm dimalukan sekali lagi apabila dibelasah 1-5 kpada pasukan yang berstatus kelab. Sebelum ini pasukan pilihan Mpm terpaksa menerima nasib yang sama apabila tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan dalam acara bola sepak Sukan Integrasi K.U.I.N setelah tewas berturut-turut dalam 3 perlawanan.

kesemua perlawanan semalam diadakan di komplek futsaal suka menanti dengan salah satu pasukan luar negara iaitu Somalia fc turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.~

tenangnya hatiku mendengar dendangan selawat ini

5 PEMAIN SKUAD BBA FC DILAMAR KELAB PILIHAN MPM



Alor setar ,25 .skuad futsall pilihan mpm telah berjaya mendapatkan khidmat 5 pemain  bola sepak skuad bba fc untuk memperkuatkan pasukan tersebut dalam kejohanan piala fa .

Pasukan bba fc yang sebelum ini menarik diri dari kejohanan bola sepak sukan integrasi kuin rela melepaskan kelima-lima pemain tersebut bagi menguatkan skuad pilihan mpm pada musim ini.

Dari sumber yang baru diterima 2 daripada 5 pemain tersebut ialah penyerang berbisa bba fc dan penjaga gol mereka iaitu zul jamal dan mutawali. Namun rahsia 3 lagi pemain yang bakal menyarung jersey pilihan mpm masih menjadi tanda tanya.

Pasukan pilihan mpm juga bakal memulakan saingan piala fa dengan bertemu pasukan Sudan esok dimana kekuatan sebenar pihak lawan masih menjadi misteri kepada pilihan mpm.

Meskipun begitu, pilihan mpm tetap yakin mampu menewaskan pasukan yang masih belum diketahui kekuatan sebenar itu kerana dibantu oleh kelima-lima bekas pemain bba fc yang dilihat berpengalaman dan mampu membawa pilihan mpm melangkah lebih jauh dalam edisi pertandingan kali ini.

Perlawanan akan dimulakan jam 8 pagi di komplek sukan suka menanti dimana ia membabitkan 32 pasukan yang akan berentap dalam pertandingan kalah mati kali ini.

Skuad pilihan mpm mensasarkan untuk layak ke separuh akhir buat julung pertama kalinya.

JIKA MAHU HEBAT IKHLASKAN DIRIMU UNTUK MENUNTUT ILMU

Malaikat terpaksa akur dengan perintah Allah untuk menciptakan khalifah di atas muka bumi ini  kerana  mengakui kehebatan ilmu milik manusia. Perbahasan antara Allah dan Malaikat mengenai kejadian Adam akhirnya diperakui malaikat betapa manusia sebenarnya begitu mulia di sisi Allah.

Allah telah mengajar nabi Adam nama-nama benda seluruhnya kemudian mengemukakan kepada para malaikat perkara yang sama yang diajar oleh Allah kepada nabi Adam, tetapi ternyata malaikat tidak mengetahui kesemua perkara tersebut.

Sejarah kejadian manusia dan perbahasan antara Allah dan Malaikat telah tercatat dalam surah Al-baqarah dimana Allah telah menceritakan kepada  kita bahawa manusia adalah makluk yang diciptakan dengan akal yang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk. Manusia  dikhuatiri malaikat bakal menumpahkan darah dan membuat kerosakkan di atas muka bumi sebagaimana yang berlaku pada zaman ini . Peperangan, pembunuhan dan pelbagai jenayah besar telah menjadi lumrah kehidupan manusia di akhir zaman . Namun Allah lebih mengetahui rahsia diciptakan manusia  walaupun hakikatnya perkara yang dibimbangi malaikat sebelum ini benar-benar berlaku.

Rahsia keagungan manusia bukanlah dlihat dengan kerakusan jenayah yang dilakukan, kekayaan , pangkat, kedudukan atau sebaliknya. Firaun di zaman nabi Musa begitu ego dan sombong kepada Allah sehingga mengutuskan angkatan perang yang besar untuk membunuh utusan Allah dan umat islam. Allah telah menganugerahkan Firaun satu ketika dahulu nikmat kesihatan yang berpanjangan ,kekayaan dan kedudukan yang tinggi sehingga dia merasakan dirinya adalah tuhan di dunia. Tetapi Firaun lupa kepada satu perkara yang membezakan dirinya daripada menjadi manusia yang mulia atau manusia yang hina. Perkara inilah yang membuatkan Allah tetap meneruskan kejadian manusia walaupun pada dasarnya manusia ini lebih sukakan kerosakkan. Apakah perkara yang dimaksudkan? Ironinya ilmu  sememangnya mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t

Manusia di akhir zaman kini mula lupakan fitrah kejadian mereka yang membuatkan mereka semakin angkuh dan sombong terhadap perintah Allah. Lihatlah keadaan dunia yang semakin pincang dan sakit dengan penduduknya yang sebati dengan kehidupan yang dimurkai Allah. Mengapa semuanya berlaku? Sedangkan umat akhir zaman ialah umat nabi Muhammad yang mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding umat nabi lain.

Meskipun Allah menganugerahkan beberapa keistimewaan kepada kita antaranya ialah, malam lailatul qadar, solat yang dipendekkan hanya kepada 5 waktu sehari, tidak ditimpa bala secara terus-menerus sebagaimana bala yang menimpa umat nabi terdahulu jika berbuat dosa, diturunkan Al-quran sebagai garis panduan kehidupan, mendapat syafaat nabi Muhammad di akhirat kelak dan beberapa kelebihan lain yang dianugerahkan Allah tetapi sayang manusia tidak menjadikan kesemua perkara tersebut sebagai batu loncatan untuk menjadi hamba yang tebaik kepada agama sendiri kerana mereka jahil dengan ilmu. Manusia tidak melaksanakan solat kerana mereka tiada ilmu, manusia melakukan maksiat kerana mereka tidak mengetahui ilmu, manusia melakukan pelbagai jenayah juga kerana jiwa mereka kosong tanpa ilmu untuk diamalkan . Kesimpulannya manusia mengingkari perintah Allah kerana  jiwa dan akal mereka digelapkan dengan kejahilan yang membawa mereka kepada kemurkaan Allah S.W.T

Percayalah! masyarakat islam sekarang menjadi mundur dan dipijak-pijak oleh bangsa agama lain kerana kita tidak mengangkat ilmu sebagai perkara yang boleh memuliakan kita di sisi Allah. Jika dilihat ilmu sekarang menjadi rebutan oleh ramai manusia namun persoalannya adakah ilmu yang mereka kejarkan itu diamalkan? atau hanya menjadi alat untuk dibangga-bangakan? Persoalan itulah hakikatnya mengapa kita mundur dan lemah .Tidak kiralah ilmu apa  yang kita tuntut, Matematik, Perundangan,  Kedoktoran atau Sains sekalipun jika tidak diniat kepada perkara yang betul maka sia-sialah ilmu yang dipelajari selama ini. Kemungkinan besar jika ilmu yang dituntut tidak diniat kepada Allah maka lahirlah manusia yang bangga dan riak dengan ilmu yang dipelajari , menyalahgunakan ilmu yang ada atau lebih parah ilmu yang dipelajari selama ini lupa dan hilang dari fikiran.

Jika kita lihat sejarah  islam yang pernah mengusai 2/3 dunia ,kejayaan umat terdahulu adalah kerana mereka tidak pisahkan perintah Allah dan ilmu. Peperangan khandak di antara islam dan pihak musuh membuktikan umat islam mempunyai strategi yang begitu hebat kerana disokong dengan ilmu yang ada pada mereka disamping mentaati perintah Allah. Begitu juga dengan pemimpin tentera islam yang lain seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Solahuddin Al-Ayubi, Saifuddin Qutuz dan banyak lagi yang membuktikan mereka menguasai ilmu bahkan taat kepada perintah Allah. Mereka juga bukan hanya handal dimedan perang malah menguasai ilmu sepenuhnya dan hasilnya lihatlah separuh daripada dunia telah berjaya ditawan islam . Ilmuan islam yang lahir pada era kegemilangan islam khususnya pada zaman Abassiah, Andalus, Cordova dan Baghdad telah berjaya membuka mata dunia kepada kehebatan  islam yang mana ilmu adalah tunjang kekuatan sebenar kejayaan umat islam di zaman lampau yang diiringi dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul serta keberanian dalam menuntut mati syahid.

Pada zaman ini ,dunia islam masih sepi dan suram tanpa khabar berita kemunculan semula pemimpin seperti saidina Umar Al-Khatab, Khalid Al-walid ,Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain. Sebagai Umat islam juga kita tidak harus tunggu dan lihat bilakah dunia akan melahirkan semula pemimpin yang  sehebat pemimpin zaman dahulu sebaliknya sebagai seorang mukmin seharusnya kita mendidik diri untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin bagi menaikkan semula martabat islam yang telah dicalari dengan kerosakkan akhidah umat islam yang jahil dan tidak berilmu.

 Jika selama ini kita menuntut ilmu, apakah ilmu yang kita pelajari itu adalah ikhlas untuk islam yang tercinta? Renungan bersama 

PENYELIDIK USM TEMUI KAEDAH JIMAT KOS PENGHASILAN PETROLEUM

Empat penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membuat penemuan baru yang berupaya menjimatkan tenaga dalam proses penyulingan dan penulenan petroleum, sekaligus membantu menjimatkan kos bahan bakar itu.

Ketua penyelidik ,Dr. Ahmad Ramli Mohd Yahya dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM berkata, inovasi yang dikenali sebagai USM-AR2 itu berpontensi digunakan dengan meluas dalam kalangan negara-negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.

Mengulas fungsi USM-AR2, beliau berkata, produk biosentesik semulajadi tersebut dihasilkan oleh mikrob tempatan yang ditambah kepada petroleum sebelum berlakunya proses penyulingan.

"Usm-AR2 akan ditambah dalam minyak mentah bagi membantu proses pengemulsian, mengurangkan ketegangan permukaan dan kelikatan minyak sekaligus mempercepatkan proses penyulingan" jelasnya.

PROGRAM UKHWAH ..

 Pelajar ijazah pengurusan perniagaan semester 4 kolej Universiti Insaniah sekali lagi berjaya melaksanakan program ukhwah yang bertemakan " jauh perjalanan ,luas persaudaraan" selama 2 hari 1 malam.

Air Terjun Sedim, Kulim dan Baling menjadi lokasi hari pertama para peserta untuk memulakan ekspidisi mereka. Bermula jam 10 para peserta memulakan ekspidisi ke Sedim dengan menaiki motosikal secara berkonvoi beramai-ramai dengan mengambil masa hampir 2 jam .

Para peserta menghabiskan masa hampir 5 jam di sana dengan pelbagai akiviti menarik yang diadakan.

Tepat jam 7 malam para peserta meneruskan perjalanan ke Baling dengan lokasi kolam air panas Ulu Lenggung menjadi lokasi kedua mereka. Lokasi kedua ini menjadi kemuncak untuk program kali ini dimana para peserta melaksanakan beberapa aktiviti antaranya usrah halagah, hati ke hati dan muhasabah kehidupan. Para peserta juga mengambil kesempatan dengan mandi air panas bagi menghilangkan letih setelah menempuh perjalanan yang jauh.

Lokasi Penaga menjadi pilihan terakhir para peserta bagi melangkapkan ekspidisi kali ini.

Di samping itu juga, para pelajar diploma akaun juga melengkapkan cuti semester ini dengan lawatan ke kuala Lumpur dan Melaka selama seminggu.

Lirik lagu pilihan untuk dijual bulan ini

Tajuk: Jangan Kau Nodai
Genre: Nasyid
Pengurus: Nash bin Zain



~ Waktu kau bercinta
    kau lihat segalanya
    semuanya indah
    dusta di depan mata

   Waktu kau bercinta
    kau lihat segalanya
    dunia bagai syurga
    syaitan sedang menggoda


    Pulanglah engkau pada tuhan yang mencipta kita  
    Janganlah engkau menghalalkan apa yang diharamkan

    #korus
--------------------------------------
 ~  Jangan kau nodai
   cinta suci itu
   kerana ia, anugerah ilahi
   cinta sebenarnya hanya untuk tuhan
   jagalah ia ,dengan sebaiknya
--------------------------------------
    Cinta, Sebenar cinta
    hanya untuk tuhan
    yang mencipta kita
    jangan, jangan terpesona
    dengan cinta dunia
    cinta yang dusta
    jangan, jangan terpesona

    Cinta, suci
    Cinta ilahi, yang membawa ke syurga ilahi

    Cinta suci
    Cinta hakiki, yang membawa ke syurga abadi

    # kepada yang berminat untuk mendapatkan lagu nasyid ini boleh terus hubungi ustaz Nash bin Zain di talian 0194050064

Mahasiswa benarkah kita hebat ..jika....???

Mahasiswa Hebat

-Ilmu adalah mutiara yang dijulang-julang oleh mahasiswa, tidak kiralah di mana pusat pengajian tinggi yang menjadi kebanggaan mahasiswa, jika disebut sahaja perkataan mahasiswa masyarakat akan memandang mulia kepada kita, itulah hebatnya mahasiswa dan kita sebenarnya hebat.!

Mahasiswa Berkualiti

- Tidak keterlaluan jika dikatatakan asas tertegaknya sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai nilai norma hidup yang tinggi adalah kerana wujudnya mahasiswa yang berkualiti. Lihat sahajalah kepakaran Iran dalam bidang sains dan teknologi mereka, Jepun dan korea dengan nilai hidup masyarakat mereka yang tinggi, Qatar yang semakin mengorak jauh lebih maju dalam semua bidang  dan sekarang jiran kita Indonesia juga semakin hebat apabila sudah mampu mencipta senjata ketenteraan yang tersendiri . Hanya kerana adanya mahasiswa berkualiti , maka semua itu sudah tidak asing lagi untuk dimiliki oleh mana-mana negara masa kini. Itu juga maknanya kita hebat!

Mahasiswa Berani

-Suara Mahasiswa yang dimainkan oleh kebanyakkan universiti diseluruh negara sememangnya faktor utama yang mengangkat martabat mahasiswa menjadi " gah" di mata dunia. Rugilah kepada mahasiswa yang selama ini takut "ditertawakan" oleh kawan-kawan hanya semata-mata berarak-arakan dan bersuara di jalanan. Persepsi "segan" perlu dibuang jauh-jauh dari fikiran mahasiswa kerana adalah satu kerugian  kepada pelajar yang hanya menjadi hamba kepada tugas-tugas mereka di universiti. Serahkanlah sebahagian hidup anda kepada perjuangan mahasiswa kerana anda akan tahu mengapa suara anda amat diperlukan . Bukan hanya setakat sebuah kota boleh dirobohkan dengan suara mahasiswa tetapi sekiranya kita mahu dunia pun dapat digoncang dengan kekuatan suara mahasiwa. Tetapi apa itu suara mahasiswa?, bersembang?, melalak?, memekik?, atau sebaliknya?. Jawapan itu hanya ada pada anda, jika anda mengerti usahlah janggal untuk menjadi mahasiswa yang "berani" bersuara. Apapun jawapan yang ada dalam benak fikiran anda ketika ini , kita tetap mahasiswa yang hebat!

Mahasiswa Bijak

- Sudah menjadi perkara biasa apabila pointer yang dimiliki mahasiswa  adalah 3.5 dan keatas .Ruangan di dada-dada akhbar akan terus memaparkan kejayaan demi kejayaan para mahasiswa kita. Saban tahun, mahasiswa di Malaysia berjaya menamatkan bidang pengajian masing-masing dengan  ada yang mengenggam Ijazah, Master, dan Doktor.Kini angkanya yang terlampau banyak menggambarkan mahasiswa kita semakin cerdik dan bijak. Sah kita terlampau hebat!

Mahasiswa berbakti

-Mahasiswa juga semakin dekat di hati masyarakat apabila program-program bakti siswa menjadi acara wajib untuk setiap universiti mendekatkan pelajar mereka kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan .Sudah pasti dengan kegiatan amal mahasiswa ini bakal menjalinkan sebuah ikatan persaudaraan di antara universiti dan masyarakat.Tahniah kepada yang mendekatkan diri dengan masyarakat dan kita adalah hebat!


Tetapi.......




sayang................................




Kita...........................................................




sebenarnya..........................................................




lupa kepada satu perkara.......................................................




apa?????...............................................................................................




jawapannya ialah...............................................................................................




soal 'KEBERKATAN"..............................................................................................


Dalam berjuta-juta mahasiswa berapa ramai dalam kalangan kita yang memikirkan soal ini?, soal tanggungjawab seorang anak kepada ibu-bapa tidak perlu diberitahu kerana semua sudah tahu hukumnya. soal melakukan maksiat dengan kekasih hati juga tidak perlu diulang kerana anda sudah besar lagipun anda hebat. Tetapi sayang tidak menghormati pensyarah adalah perkara paling menyedihkan sebenarnya. Bila pensyarah mencurahkan ilmu dihadapan para pelajarnya tidak segan bersembang dan ada yang tidak segan silu bermain mesej. Bila kita ditugaskan dengan tugasan pula , tidak ramai yang mahu menyiapkan dengan sepenuh hati, tetapi kita lebih suka "copy and paste" dan meniru rakan lain. Perkara kecil inilah yang kita terlepas pandang lantas adakalanya jiwa kita kadangkala resah tanpa sebab, kenapa? mungkin faktor ini sebenarnya.

Mahasiswa... mahukah kita hanya berjaya pada gred pointer tetapi pada pandangan Allah kita adalah murid yang menderhakai gurunya.

 Mahasiswa.. mahukah , hanya kerana perkara sekecil ini ,segala ilmu yang kita pelajari ini langsung tidak berkat dan tidak mendapat restu guru dan pencipta kita.

Ramai yang seperti tidak tentu arah apabila hati mereka tiba-tiba sedih,resah dan gundah .Jika difikirkan semuanya seperti tiada masalah. Tetapi cuba kita muhasabah diri dan  selami hati kecil kita, mungkin soal keberkatan yang kita ambil ringan sebelum ini buatkan hidup kita serba tidak kena dan jauh ketinggalan dari kejayaan sebenar.

Berubahlah..wahai diri..Kita belum hebat jika perkara ini pun tidak dapat kita atasinya.

p/s~ hebatkah kita?.

kami juara!!!

Kami juara, itulah laungan yang dilaung-laungkan oleh para penyokong pasukan Somalia setelah  pasukan itu berjaya menjuarai sukan bola sepak sukan Integrasi Kuin kelmarin.

Turun beraksi menentang pasukan Mutiara fc di pentas final sememangnya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para penyokong tempatan apabila mereka mengharapkan agar mutira fc berjaya menembus kekecewaan pasukan cenderawasih yang tumbang dengan lawan yang sama di separuh akhir.

Sejak wisel pertama dibunyikan ,kedua-dua pasukan memperagakan corak permainan yang pantas dengan gawang gol masing-masing menjadi sasaran penyerang.

tetapi, kelebihan ternyata lebih berpihak kepada pasukan Somalia apabila saiz fizikal yang lebih tinggi memudahkan mereka memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan.

Somalia tidak menunggu masa yang lama apabila mereka berjaya merobek gawang gol mutiara seawal minit ke-7 apabila bola muntah yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan mutiara  digunakan sepenuhnya oleh penyerang somalia untuk menolak bola tersebut ke dalam gol.

keputusan semakin kukuh untuk pasukan dari Afrika tersebut apabila mereka berjaya menjaringkan 2 lagi gol di babak akhir permainan sekaligus memberikan kemenangan mutlak 3-0 .

Kemenangan yang dicipta pada tahun ini berjaya mengekalkan kejuaran 2 tahun berturut-turut dalam acara bola sepak sukan Integrasi Kuin.

Disamping itu dalam acara takraw Insaniah A berjaya muncul juara setelah menghampakan Perilly's di final .

Somalia beraksi di final sukan bola sepak K.U.I.N

 Sukan Integrasi Kolej Universiti Insaniah telah tiba ke penghujungnya apabila perlawanan yang membabitkan suku akhir dan separuh akhir telah selesai berlangsung  pada pagi tadi.

Dalam  perlawanan  pagi tadi , menyaksikan 8 perlawanan berlangsung di peringkat suku akhir dan 4 perlawanan berlangsung di peringkat separuh akhir.

Pasukan dari Somalia berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila layak ke final buat kali kedua berturut-turut selepas berhempas pulas menewaskan pasukan cenderawasih yang mewakili kuliyah muamalat dengan keputusan 2-0.

Perlawanan di antara Somalia dan cenderawasih ternyata berjaya membuatkan penonton yang datang terhibur dengan corak serang balas diantara kedua-dua belah pasukan.

Dalam separuh masa pertama  Somalia dilihat sukar untuk menembusi barisan pertahanan cenderawasih apabila kubu kuat cenderawasih diperkuatkan dengan   kehadiran seorang pemain yang berpengalaman beraksi untuk skuad piala presiden kedah sebelum ini.

Namun begitu,  barisan serangan cenderawasih boleh dipersalahkan apabila melepaskan beberapa peluang terhidang pada pertengahan minit separuh masa pertama dan gagal menterjemahkan setiap peluang dengan gol. Pasukan somalia juga hampir membuka tirai jaringan lewat minit terakhir permainan tetapi percubaan penyerang berbisa mereka dapat diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Di separuh masa kedua, pasukan cenderawasih seakan hilang punca apabila mudah melakukan kesilapan dengan hantaran yang liar serta mudah kehilangan  bola.Kesilapan demi kesilapan pasukan cenderawasih akhirnya dhukum oleh pasukan Somalia apabila pemain tengah mereka yang tidak dikawal mudah merembat masuk bola pada jarak 25 meter sekaligus memecah kebuntuan gol.

Tersentak dengan jaringan itu ,pasukan cenderawasih mula memperkemaskan permainan dengan asakkan bertubi-tubi kearah gawang gol lawan namun kecekapan penjaga gol somalia "Dauda" menafikan hampir 6 percubaan pasukan cenderawasih.

Gol yang dicari pasukan cenderawasih  seperti seakan hampir tiba  apabila tendangan percuma yang dihadiahkan pengadil dan diambil oleh penyerang mereka melencong tepat kaearah gawang gol lawan, namun kecekapan Dauda sekali lagi menghampakan  penyokong mereka.

Mungkin disebabkan terlalu ghairah memburu gol akhirnya membawa padah sekali lagi kepada cenderawasih apabila serangan mengejut oleh pasukan Somalia  gagal dihalang oleh cenderawasih yang berjaya mencatat gol kedua perlawanan sekaligus memberikan kemenagan mutlak 2-0 kepada pasukan dari Afrika tersebut .

Kemenangan tersebut telah melayakkan pasukkan Somalia ke pentas final yang akan berlangsung petang ini dimana lawan mereka yang diwakili oleh pelajar diploma pengurusan perniagaan iaitu mutira fc turut mencatat kemenangan selesa keatas junior fc di separuh akhir dengan keputusan yang sama iaitu 2-0.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat berserta penentuan final akan bemula jam 5.oo petang ini di stadium mini K.U.I.N

Aktiviti menarik di kampus K.U.I.N minggu ini

Skuad pilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kolej universiti insaniah menerima tamparan hebat apabila tewas kali yang ketiga berturut-turut  tengah hari  tadi sekaligus menyingkirkan mereka dari layak ke suku akhir dan menduduki tangga tercorot kumpulan b sukan bola sepak integrasi K.U.I.N.

Turun berhadapan dengan Rb soccer  di stadium mini K.U.I.N dan diperkuatkan oleh 2 orang pemain luar negara iaitu pelajar Nigeria dan Somalia ternyata berjaya memberi tekanan kepada pasukan rb soccer di separuh masa pertama apabila kedua-dua pasuka terikat 0-0.

Di separuh masa pertama pilihan mpm berjaya menyerap tekanan  dari asakkan  rb soccer sambil sekali sekala melancarkan beberapa serangan .

Namun di separuh masa kedua pilihan mpm kelihatan hilang punca untuk mengatur serangan dan hampir dibolosi seawal minit ketiga di separuh masa kedua namun kecekapan penjaga gol pilihan mpm menafikan sekurang-kurangnya 4 percubaan berbahaya. Situasi menjadi tegang pada pertengahan minit permainan apabila penonton mula menyalahkan pengadil apabila gol yang dijaringkan oleh rb soccer dibatalkan kerana terkena tangan pemain mereka sendiri.

Gol yang dicari Rb soccer akhirnya tiba pada lewat permainan apabila pengadil memberikan hadiah sepakkan panalti apabila kawalan kurang kemas pemain pilihan mpm terkena tangan.Panalti yang diberikan mudah disempurnakan oleh pemain tengah mereka untuk menewaskan keeper import pilihan mpm dari Nigeria.

Permainan menjadi semakin rancak pada minit-minit terakhir permainan apabila asakkan bertubi-tubi dari Rb soccer berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pilihan mpm dan hasilnya Rb soccer berjaya memperolehi gol kedua mereka sekaligus melenyapkan sisa-sisa perjuangan mpm untuk memburu slot ke suku akhir.

Kemenangan yang dilakar oleh Rb soccer itu terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu kumpulan b apabila berjaya  mengumpul 7 mata dari 3 perlawan setakat ini.

Lebih manis, Rb soocer berjaya mengekal rekod tanpa kalah setakat ini dan hanya perlu seri dalam 2 lagi perlawanan untuk ke slot kalah mati.

Mengulas lanjut perlawanan tersebut iaitu Nash bin Zain , penyokong setia skuad pilihan mpm berkata" saya berharap agar skuad mpm meneruskan perjuangan mereka biarpun telah tersingkir kerana dalam bola sepak menuntut setiap pemain berjuang dengan emosi mereka, jadi teruskan disiplin anda dan bermainlah dengan semangat kesukanan dan nilai keharmonian yang tinggi"
.
Dalam pada itu, sudah tiga pasukan melayakkan diri ke suku akhir iaitu pasukan dari kumpulan A,C dan D. Salah satu dari kumpulan tersebut ialah pasukan terdekat dengan Rb soccer iaitu Rb fc yang benaung di bawah kelab pengurusan yang sama.

Sukan Integrasi Kuin kali ini juga menampikan pasukan -pasukan dari luar negara iaitu antaranya ialah Nigeria, somalia kemboja dan Thailand.

sekilas pandang "4Flat vs love"

 Program motivasi perdana yang berlangsung malam tadi di kampus besar K.U.I.N berjaya berlangsung dengan jayanya apabila mendapat sambutan kira-kira hampir 3000 penuntut di sana.

Tajuk program tersebut iaitu" 4Flat vs Love" ternyata berjaya menarik perhatian penuntut kolej universiti insaniah  apabila seawal jam 8 malam dewan sudah dipenuhi dengan pelajar muslimat yang memenuhi hampir separuh dari dewan dan selebihnya  dipenuhi oleh para pelajar muslmin, staff dan para pensyarah.

Disampaikan oleh pakar Motivasi yang bergiat aktiv dengan dakwah di sabah dan serawak iaitu "Akhwan Afandi" ternyata begitu menghiburkan apabila sketsa awalnya berjaya memainkan  emosi dan jiwa penonton sehinggakan ramai yang menitiskan air mata terutamanya pelajar muslimat yang tersentuh dengan jalan cerita yang disampaikan beliau.

Program tersebut berlangsung hampir 3 jam nyata berjaya menyedarkan mahasiswa agar tidak terjebak dengan "cinta kampus" yang sebenarnya adalah faktor kejatuhan seseorang mahasiswa dari mencapai kecemerlangan di universiti

Seiring dengan Motivasi yang disampaikan ,Akhwan Afandi juga turut menghiburkan semua yang hadir dengan lagu-lagu nasyid ciptaan beliau antaranya ialah "dia pencipta" dan turut memperkenalkan albumnya. Disamping itu, siri motivasi yang dijual dalam bentuk vcd juga dimuatkan dengan 5 buah lagu yang menjanjikan kepuasan kepada pendengar.

Program yang dianjurkan semalam juga bukan semata-mata kerana cinta tetapi turut menyedarkan mahasiswa  betapa hubungan dengan Allah, ibu-bapa dan masyarakat sekeliling amat penting bagi membawa seseorang umat islam itu kearah landasan kejayaan sebenar.
.
Perjalanan program semalam berjaya ditamatkan dengan sempurna pada jam 11.45 pm.


REVOLUSI TANAH ARAB PERINGATAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA

Revolusi yang berlaku di tanah Arab ketika ini khususnya di Mesir memperlihatkan kepada dunia betapa "hak" dan "tanggungjawab" bukanlah perkara yang boleh diambil ringan apatah lagi ia merupakan amanah dan kepercayaan yang diserahkan oleh rakyat kepada kepimpinan negara.

Sehebat manapun kerajaan di atas muka bumi ini jika tidak berpaksikan kepada rakyat maka lenyaplah ia dari mentadbir atau memerintah negara. Mungkin kita pernah dihidangkan dalam sejarah tamadun dengan kekuatan kerajaan besar terdahulu seperti Rom, Byzantine, Turki  Uthmaniah, Andalusia, Cardova dan kerajaan lain tetapi  disebalik kekuatan mereka, ia tetap didukung sepenuhnya oleh rakyat.

Kemunduran ekonomi, rasuah di kalangan pemimpin, kemiskinan yang tidak terbela, dan kadar pengangguran yang melampau di bumi Mesir telah buatkan rakyat di sana semakin berang, ditambah pula dengan hampir separuh usia si pemimpin memerintah tanpa adanya sebarang kemajuan buatkan jiwa-jiwa penduduk di sana semakin nekad, berazam dan yakin bahawa revolusi mengejut adalah jalan yang paling berkesan bagi menghalau si pemerintah yang tidak bertanggungjawab.

Biarpun tanggapan negative terpahat di mata-mata masyarakat luar tentang sikap"agresif" penduduk Mesir yang mengakibatkan huru-hara, kacau bilau dan suasana tidak aman tetapi tidak ramai yang mahu menyelami sedikitpun hati dan perasaan mereka yang telah dizalimi selama 82 tahun oleh si pemerintah dengan membiarkan hak-hak rakyat terabai, tidak terurus, dan terasing .Bumi Mesir yang sepatutnya hasil kekayaannya diagih-agihkan kepada rakyat hanya dijadikan harta kemewahan si pemerintah dengan mengaut keuntungan semahu-mahunya sedangkan rakyat diperlakukan tidak ubah seperti boneka.

Rakyat mana yang mampu bersabar dengan tingkah laku sedemikian?.Tatkala mata mereka ditatap dengan kesenangan masyarakat luar tetapi kehidupan mereka tetap tidak berubah seperti "menunggu rezeki turun dari langit".Rakyat disana juga hanya menunggu kepimpinan baru yang lebih layak dari presiden mereka "Husni Mubarak"

Kini revolusi di sana perlu dijadikan pengajaran dan tauladan oleh kerajaan Malaysia sekarang. Peluang yang diberikan lebih dari 50 tahun untuk mentadbir negara tidak boleh dijadikan bahan mainan oleh kerajaan. Mungkin tidak keterlaluan jika mengatakan rakyat di malaysia juga sudah bosan dengan mainan politik pihak kerajaan yang banyak memutar belitkan fakta,  menaikkan harga barang sesuka hati, menzalimi rakyat secara halus dan mengaut keutungan negara sesuka hati.

Mungkin semangat rakyat Malaysia tidaklah sehebat semangat " pejuang" rakyat di tanah arab tetapi jika api yang kecil dibiarkan lama tanpa memadamnya pastinya ia akan merebak dan membakar benda-benda di sekeliling dan akhirnya menjadi api besar yang menyambar apa-apa sahaja yang dekat dengannya.

Kerajaan di Malaysia tidak boleh lagi berselindung dengan setiap perbuatan negative yang cuba ditutup dengan berita-berita palsu bagi mengelirukan rakyat. Cukuplah rakyat di sini tahu bertapa jahilnya anda menguruskan ekonomi kerana setiap hari rakyat sering dihidangkan dengan kenaikan harga barang, cukuplah rakyat tahu bertapa kejinya anda kerana sanggup menjadikan Israel sebagai penasihat, Cukuplah rakyat tahu bertapa kejamnya anda kerana membunuh mangsa  anda secara sulit, cukuplah rakyat dijamu dengan berita bahawa negara ini antara negara 10 teratas yang sukakan hiburan dan antara negara tertinggi mengalami masalah sosial yang parah, Cukuplah  juga rakyat dihantui selama ini bahawa pemimpin negara  ialah pemimpin yang dahagakan arak.judi , dan zina, Cukup..Cukup..Cukuplah.

Ambillah pengajaran dari kerajaan Turki Uthmaniah yang jatuh akibat kejahilan dan kezaliman pemerintahnya, kajilah semula mengapa kerajaan Andalusia digulingkan.Rakyat masih memberi peluang untuk pemimpin mentadbir dengan syarat jangan jadikan rakyat negara ini seperti bahan mainan dan tadbirlah negara ini dengan penuh rasa ikhlas , tanggungjawab dan patuh pada ajaran islam sepenuhnya. Rakyat tidak mahu menunggu perubahan yang ingin dilakukan hanya dihiasi dengan janji manis, sebaliknya jika benar pihak kerajaan semakin hilang punca untuk mengurus dan mentadbir negara lepaskanlah " Malaysia" dengan cara baik kerana rakyat masih mempunyai pemimpin yang dirasakan layak untuk membimbing dan mewarnai masa depan mereka .


p/s~ kita tidak ketandusan rakyat yang mampu cetuskan revolusi...senyap bukan petanda rakyat menyokong segala tindakkan yang merimaskan.


Doa mengelak dari zina

doa dari mengelak anak / kenalan melakukan zina (dipetik dari ustaz zahazan mohamed)

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

PELAJAR MUSLIMIN BBA JAYAKAN" Ekspedisi Kempen cintai alam sekitar sempena pogram tautan ukhwah"

* berita yang dipaparkan ini antara program tidak rasmi sem ini awl tahun ini 15 hb 1..selamat membaca wahai pembaca yang diredhai Allah

PELAJAR MUSLIMIN BBA JAYAKAN" Ekspedisi Kempen cintai alam sekitar sempena pogram tautan ukhwah"

Alor Setar 15 hb ,pelajar kuliyyah muamalat bba sem 4 mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 13 orang pelajar berjaya menakluk gunung jerai sempena ekspedisi cintai alam sekitar dan program tautan ukhwah.Bermula seawal jam 8.30 pagi lagi para paserta sudah mula berkumpul di kaki gunung jerai sambil melakukan senaman ringan bagi mengelakkan kecederaan semasa mendaki gunung.Tepat jam 9.00 pagi semua paserta memulakan bacaan doa yang diketuai oleh saudara othman dan mula mendaki gunung yang penuh catatan sejarah di bumi kedah ini.Dalam perjalanan ke puncak gunung para peserta diuji dengan semangat setiakawan di antara mereka di mana jika ada salah sorang peserta yang cedera maka peserta lain akan sanggup memikul paserta yang tercedera itu.Para peserta juga diuji dengan pelbagai ragam dan ujian kerana mereka dituntut untuk bersedia dari aspek mental dan fizikal jika mahu menamatkan Ekspedisi mendaki gunung jerai ini.

Tepat jam 1130 pagi para pelajar muamalat bba sem 4 mengukir seribu kepuasan apabila mereka berjaya menakluk gunung tertua dan tertinggi di kedah itu sambil ada para peserta yang sempat mengambil gambar-gambar keindahan panorama alam sekitar di puncak gunung.Wajah-wajah kecerian juga jelas terpancar pada wajah para peserta apabila mereka mengambil kesempatan di puncak gunung untuk membuat usrah halaqah sesama mereka sebagai tanda mengingati kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.Para pelajar ini juga turut mengambil angin dengan berjalan di kaki puncak gunung sambil disaljikan dengan keindahan alam sekitar. Setelah selesai berusrah dan berehat sebentar para peserta terus menunaikan solat zohor berjemaah di atas puncak gunung dan diimamkan oleh saudara Ridzuan.

Menurut ketua pengarah program saudara Rasis Ghazali, berkata " program yang diadakan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar lelaki.Saya juga sangat bersyukur kerana di kesempatan ini kami masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksankan satu pogram yang cukup bermakna ini, Insha Allah untuk program yang akan atang kita akan libatkan pelajar muslimat". Para paserta juga mengambil peluang untuk mengenali nama-nama tumbuhan serta melepaskan kepenatan dengan menjamu selera di kaki sungai. Turut mengambil kesempatan oleh para paserta ialah mandi sungai di puncak gunung dan mengenali para peserta dari uum yang turut membuat program lain di sana.

"" saya hampir menitiskan air mata kerana langsung tidak menyangka ukhwah sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim walupun selama ini mungkin ada antara kami yang tidak mengambil berat akan soal persahabatan, tetapi hari ini, di puncak gunung ini Allah mengajar kami erti persahabatan yang begitu indah dianjurkan dalam islam" begitulah antara jawapan yang keluar secara spontan oleh saudara Muhammad Hassif apabila ditanya soalan oleh wartawan kuliyyah bba mengenai pandangannya tentang program ini. Para peserta menamatkan ekpedisi pada pukul 6.08 ptg dalam keadaan yang selamat.~ sumber berita dari kuliyyah muamalat