This quotation is from my good friend


สิ่งแวดล้อมรอบตัวเป็นอย่างไรเราก็เป็นอย่างนั้น
มีผลวิจัยระบุไว้ว่า สิ่งแวดล้อมมีผลต่อพฤติกรรมและลักษณะนิสัยของมนุษย์ค่อนข้างมาก เช่น ในกรณีเด็กๆ ถูกเลี้ยงดูในสิ่งแวดล้อมเช่นใดก็จะมีลักษณะนิสัยเป็นอย่างนั้น เช่น พ่อแม่ชอบทะเลาะกัน พูดจาเสียงดังใส่กันให้ลูกเห็น หรือปล่อยให้ลูกเล่นเกมคอมพิวเตอร์ที่เป็นการไล่ล่าฆ่ากัน ทำร้ายกัน เด็กก็จะมีพฤติกรรมก้าวร้าว เป็นต้น
คนที่อยู่ในประเทศที่มีการแข่งขันสูงก็จะเป็นผู้ที่กระตือรือร้น ขยันขันแข็ง และมีความคาดหวังในชีวิตสูง อย่างเช่น ในประเทศ ญี่ปุ่น ประเทศจีน แต่ถ้าหากเป็นประเทศที่ผู้คนไม่ได้มีค่านิยมในการแข่งขันเพื่อความอยู่รอดสักเท่าไหร่ คนก็จะดำรงชีวิตแบบเรื่อยๆไม่ได้มีความกระตือรือร้นหรือความกดดันมากนัก
ที่กล่าวมาเช่นนี้ เพื่อจะเปรียบเทียบให้เห็นว่าสิ่งแวดล้อมมีอิทธิพลต่อชีวิตของเราสูงมาก
ลองสังเกตตัวเองก็ได้ ในสมันเรียนเราอยู่โรงเรียนแบบไหนคบเพื่อนแบบใด เราก็จะเป็นเช่นนั้น เพราะเหตุใดเด็กในโรงเรียนเตรียมอุดมถึงสามารถสอบเข้ามหาลัยได้เกือบทั้งโรงเรียนเหตุผลก็เพราะว่าสิ่งแวดล้อมในโรงเรียนนำพาเด็กๆมีความคิดที่ว่าจะต้องสอบเข้ามหาลัยให้ได้ เด็กๆจึงต้องขยันขันแข็งเพื่ออนาคตของตัวเอง
ในการทำงานก็เช่นกัน คุณทำงานในบริษัทที่มีวัฒนธรรมองค์กรเช่นใด คุณก็จะมีพฤติกรรมเช่นนั้น เช่น คุณอยู่ในหน่วยงานราชการที่ทำงานแบบเช้าชามเย็นชาม เข้างาน 9 โมง เม้าธ์แตกถึง 10 โมง พอ 11 โมงเตรียมตัวแต่งหน้าออกไปกินข้าวกลางวัน กลับจากกินข้าวบ่ายโมงกว่า นั่งพิมพ์เอกสาร 2 หน้า หันไปเม้าธ์แตกนินทาคนอื่นถึงบ่าย 3 แล้วก็เตรียมตัวกลับบ้านตอน 4 โมงเย็น ถ้าหากเพื่อนร่วมงานคุณเป็นเช่นนี้ คงจะไม่ใช่เรื่องแปลกถ้าวันหนึ่งคุณจะถูกกลืนกินและกลายเป็นคนเช่นนี้ได้เหมือนกัน
แต่ถ้าหากคุณอยู่ในแผนกที่เพื่อนร่วมงานขยันขันแข็ง ทำงานด้วยความสนุกสนาน กระตือรือร้น พยายามนำเสนอผลงานที่ดีให้แก่เจ้านายเพื่อสร้างผลงานให้ตัวเอง คุณเอง จะมานั่งเรื่อยเปื่อยเฉื่อยแฉะอยู่คนเดียวก็จะกลายเป็นจุดอ่อนของแผนก เป็นที่เพ่งเล็งของเจ้านายได้ เพราะฉะนั้นคุณก็จำเป็นต้องปรับปรุงตัวตามสถานการณ์สิ่งแวดล้อมที่คุณอยู่ เพื่อความอยู่รอดของตัวคุณเอง
เพราะฉะนั้น คุณอยากจะเป็นคนเช่นใด
ก็จงพาตัวเอง ไปอยู่ในสิ่งแวดล้อมเช่นนั้น
...อยากเป็นคนขยัน ไปอยู่ท่ามกลางคนขยัน
...อยากเป็นคนเก่ง ไปอยู่ท่ามกลางคนเก่ง
...อยากประสบความสำเร็จ ให้ไปอยู่ท่ามกลางคนที่ประสบความสำเร็จ
...อยากเป็นเจ้าของธุรกิจ ก็ไปอยู่ท่ามกลางนักธุรกิจเจ้าของกิจการเพราะเขาสามารถให้คำแนะนำชี้แนะคุณได้
...อยากเป็นเถ้าแก่ ไปอยู่ใกล้ชิดเถ้าแก่ เพราะเขาให้คำแนะนำสั่งสอนและเป็น

LUAHAN DARI....................

Ibarat hati dikoyak-koyak oleh mata pisau yang tajam begitulah diibaratkan buat jiwa yang putus harapan kepada penciptanya. Hati yang selama ini lalai dan leka dengan kehidupan yang mengasyikkan tidak akan dapat lari dengan siksaan jiwa yang merantai hidup seseorang.

Zaman hari ini  manusia semakin ego, berani dan megah bila melakukan perkara maksiat yang dilarang Allah. Mereka semakin bangga dengan pekerjaan maksiat yang dilakukan biarpun azab-azab yang dijanjikan Allah dalam al-quran berulang kali diingatkan.

Hari ini, aku tidak lagi melihat seorang ayah membimbing tangan si anak kecil ke masjid, si anak tidak lagi diajar satu persatu kalimah suci al-quran oleh ibunya, tetapi apa yang aku lihat anak-anak kecil yang sedang meniti kehidupan sebagai seorang insan hanya dididik dan disuap dengan makanan maksiat .

Generasi yang dilahirkan pada hari ini bukanlah mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasulnya,  tetapi mereka hanya patuh dengan bisikan-bisikan hiburan yang melekakan, generasi hari ini tidak lagi mengenali apakah nama kitab panduan umat islam sebaliknya mereka hanya mengenali kitab bible yang menjadi ikutan dan sanjungan musuh islam.

Pernah suatu hari , aku dilukakan oleh mereka yang selama ini adalah teman yang setia menemani hidupku. Lahirnya mereka disisiku bagaikan membawa satu rahmat besar kerana sudah lama aku menantikan kehadiran setiap insan yang mahu membawa sisa -sisa perjuangan yang diamanahkan oleh rasul akhir zaman iaitu baginda rasulullah S.A.W. Tetapi sayang mereka yang selama ini aku anggap sebagai teman setia, sahabat dan keluarga sendiri hanyalah mempergunakan aku sebagai alat kepentingan mereka .

Adakalanya, manusia lupa bahawa hidup mereka tidak lebih sekadar makluk yang lemah dan hina. Kehadiran mereka diatas muka bumi ini bukanlah tempat yang sesuai untuk mereka mencari keseronokkan semata-mata kerana Allah sudah mencipta syurga sebagai pengganti kepada kehidupan dunia yang melalaikan ini.

Mungkin sudah menjadi takdir buatku  yang hanya mampu untuk melihat kejahatan yang dikerjakan oleh manusia. Aku sedar aku bukanlah makhluk yang layak untuk menasihati mereka yang angkuh dan ego dengan perintah penciptanya, tetapi aku masih menyimpan sejuta harapan untuk manusia yang selama ini aku sayang dan anggap sebagai darah dagingku sendiri supaya menunaikan sebuah impian. Sebelum aku dipanggil menghadap penciptaku dan dijadikan saksi atas maksiat yang manusia lakukan aku harap setiap insan yang meniti kehidupan di atasku ini berubah dan mencari erti kehidupan yang sebenar. Aku hanyalah DUNIA iaitu tempat yang Allah ciptakan kepadamu untuk beribadah, mencari nafkah dan tempat singgahsana sebelum berhijrah ke dunia akhirat. Ikhlas luahan dariku makhluk Allah yang bernama Dunia..



SKUAD BBA TURUN PADANG BERSAMA WAKIL PARLIMEN PADANG TERAP

Alo Setar 20 hb 3 , Program amal khidmat masyarakat yang diatur oleh pelajar Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan Kolej Universiti Insaniah  sebelum ini  akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Turun membawa misi untuk membantu anak-anak yatim, kurang upaya, dan faqir miskin di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi  Kuala Nerang Kedah, seramai 76 mahasiswa K.U.I.N dari skuad BBA sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi melihat dan merasai sendiri kedhaifan yang dialami oleh penghuni di pusat jagaan tersebut.

Perjalanan program yang berjalan sehari suntuk dengan penglibatan anak-anak muda dari K.U.I.N berjaya membuka mata pelbagai pihak antaranya badan-badan NGO iaitu Islamic Relief dan Terapcare serta berjaya menarik perhatian wakil parlimen Padang Terap dari Pas iaitu Ustaz Nasir Zakaria untuk turut serta dalam pogram yang dianjurkan.

" saya berharap agar usaha ini berterusan kerana usaha seperti ini akan mengundang rahmat dari Allah" jelas ustaz  Nasir Zakaria sewaktu majlis penutup program berkenaan.

" saya berharap agar mahasiswa K.U.I.N berjaya membuka mata masyarakat dengan program seperti ini kerana ini adalah salah satu usaha perjuangan di jalan Allah" tambah beliau lagi

Wakil parlimen dari Padang Terap tersebut turut melahirkan kebimbangannya tentang  perkembangan semasa mengenai masalah sosial yang semakin meningkat di Malaysia akibat dari permasalahan yang wujud di peringkat keluarga antara ibu -bapa dan para remaja  sehingga membawa kepada kes remaja lari dari rumah.

Beliau juga bakal membawa usul mengenai keadaan umat islam yang ditindas di Libya dalam masyuarat Parlimen tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Pusat Jagaan Mahabbah Al-Hashimi yang menampung anak-anak tersebut dengan dana sendiri diberi bantuan dari segi kemudahan asas rumah, pakaian, buku, makanan, serta sejumlah dana yang berupa wang tunai hasil dari kutipan derma orang ramai .

Namun, usaha tersebut  dilihat masih belum mampu untuk membantu sepenuhnya anak-anak yang kurang bernasib baik ini kerana pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi yang baru berusia setahun jagung beroperasi bukanlah pusat yang menerima  apa-apa bantuan dari kerajaan sebaliknya hanya dibangunkan dengan kewangan sendiri dan bantuan ihsan individu tertentu

sehubungan dengan itu, skuad bba mengambil inisiatif untuk menjadikan penghuni di pusat jagaan tersebut sebagai "anak angkat" dengan harapan bantuan yang diberikan tidak berhenti setakat ini sahaja malah diberikan bantuan yang termampu pada masa-masa akan datang.

 Jesteru, Skuad BBA juga amat berharap agar masyarakat luar mampu untuk bersama-sama mengembleng tenaga bagi membantu anak-anak tersebut supaya masa depan mereka lebih terjamin di masa akan datang.

Program yang dianjurkan adalah usaha sama Kuliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan dengan Persatuan Esekutif Muamalat (PERTEMU) dalam menjayakan aktiviti kali ini.





MENYESALNYA AKU MENINGGALKAN SOLAT....

Dunia semakin lelah dan tenat untuk menampung seluruh isi yang dikandungnya. Mungkin kerana dunia ini semakin menuju ke saat kehancuranya lantas buatkan manusia tidak lagi berasa aman dan selamat untuk hidup di atasnya.

Tsunami, Gempa bumi , letusan gunung berapi dan pelbagai lagi bencana yang berlaku bukan lagi perkara biasa kepada manusia sebaliknya semua ini ibarat sebuah "kisah wajib" yang patut dihayati dan difahami oleh seluruh manusia.

Kini manusia tidak boleh lagi berasa aman walaupun tinggal di negara yang bebas dari bencana alam. Hanya menunggu masa yang ditetapkan oleh Allah  seluruh manusia akan turut sama-sama merasa bertapa ganasnya dunia menyerang dan menghukum manusia dengan rasa amarahnya.

Statistik kematian di Jepun akibat tsunami telah mencatatkan  bertapa rakusnya dunia menghukum manusia dengan ribuan nyawa yang terkorban . Di negara bergolak  pula seperti di Libya , Iraq, Thailand dan pelbagai lagi telah merakamkan hampir jutaan nyawa yang melayang akibat peperangan dan penindasan. Suka atau tidak suatu hari nanti angka kematian  yang bakal direkodkan bukan lagi jumlah yang boleh dibaratkan kecil seperti yang berlaku pada hari ini  tetapi jumlah yang bakal direkodkan adalah merangkumi seluruh nyawa manusia dan kehidupan makluk lain. Ianya akan berlaku pada hari jumaat dan dirahsiakan tarikhya , itulah jumlah kematian yang akan berlaku pada hari khimat.

Sudah pasti pada hari yang disebut sebagai "perhimpunan manusia" itu akan menghimpunkan seluruh manusia iaitu dari umat nabi Adam sehinggalah kepada umat nabi Muhammad. Setiap manusia yang ditugaskan menyelesaikan misi masing-masing sebagai hamba Allah  di dunia akan dipertanggungjawab sepenuhnya bila dibawa menghadap pencipta mereka yang selama ini hanyalah disebut-sebut dan didengar nama-NYA sewaktu hayat di dunia. Misi  utama yang wajib disempurnakan oleh manusia yang mengakui dirinya islam ialah menunaikan solat 5 waktu dan misi ini hanya boleh dilaksanakan oleh jiwa yang dididik dengan kesabaran sahaja.

Untuk menunaikan solat bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan perkara yang payah. Sekiranya ia mudah sudah pasti ramai yang menunaikannya dan jika ia payah pasti semua tidak akan mahu melakukannya. Adakalanya kita meninggalkan solat kerana terlalu letih dan mengantuk dan ia memerlukan sifat sabar yang menuntut manusia melaksanakan perintah wajib dari Allah itu. Waktu subuh amnya ramai yang tumpas dan hanya segelintir yang mampu untuk solat berjemaah di masjid dan selebihnya hanya melaksanakan solat subuh di akhir waktu atau terus meninggalkannya. Mereka yang mampu untuk solat berjemaah di awal waktu di masjid berjaya malakukannya kerana dalam hati mereka mempunyai sifat sabar yang kuat serta menahan gelora nafsu mereka untuk tidak bersolat.

Pada hari dijanjikan kisah kehancuran dan hukuman yang menakutkan itu, manusia yang paling takut dan malu untuk mengadap Allah adalah manusia yang lalai dan meninggalkan solat dengan sengaja sewaktu  masih diberi peluang untuk hidup .Pada hari itu  juga manusia yang sebelum in hanya mengambil ringan mengenai solat akan dirantai dengan sesalan yang tiada penyudahnya. Mereka ini akan diazab dengan hukuman yang tidak pernah dilihat apatah lagi dirasa kerana itulah seburuk-buruk azab dan siksaan yang ingin dihadiahkan Allah buat manusia yang ingkar dan leka dengan misi yang telah diamanahkan.

Meskipun dunia pada hari ini sudah berkali-kali mengingatkan manusia dengan pelbagai kemusnahan tetapi ia belum cukup untuk menyedarkan manusia supaya berubah dan kembali kepada Allah s.w.t. Bayangan kecil kemusnahan yang akan berlaku pada hari kiamat nanti masih belum mampu untuk menakutkan manusia supaya tidak meringankan soal solat walupun kemusnahan yang menunggu manusia di hari kiamat nanti adalah lebih dasyat dan tidak boleh digambarkan dengan akal fikir manusia.

Semua itu berlaku apabila dalam hati manusia tidak ada perasaan takutkan Allah. Hati yang diciptakan Allah bersih dan suci telah menjadi gelap kerana terlalu sarat dengan dosa . Nasihat dan teguran tidak lagi dijadikan sebagai penawar untuk mendidik diri sebaliknya ia dianggap sebagai piasu yang menghiris dan melukakan. Itulah manusia yang telah menjadi hamba kepada dunia sedangkan Allah tempat bergantungnya seluruh makhluk bukan lagi  dijadikan raja dalam hatinya.

Jika manusia dapat melihat nasib masing -masing di akhirat kelak sudah pasti mereka akan taat sepenuhnya perintah Allah. Tetapi itu tidak adil untuk Allah menganugerahkan syurga buat hamba-hambanya yang beriman sekiranya semua manusia meyaksikan sendiri ganjaran dan hukuman  yang menanti mereka di ahirat kelak. Oleh itu hanya manusia yang benar-benar berjaya melaknakan misi mereka di dunia ini sahaja yang layak menjadi tetamu istimewa Allah di syurga dan buat yang gagal selamat menempuh kehidupan baru di neraka.

ANDAI BESOK HARI TERAKHIRKU......




Musibah Tsunami yang berskala 8.9 richter yang menghentam bandaraya di negara matahari terbit seakan melanda pula kepada ahli keluarga adik Naqiah bt Mahadzir yang baru sahaja meninggal dunia pagi semalam.

Sebelum ini mangsa dirawat di hospital besar Alor Setar dan bertarung dengan nyawanya sendiri  kerana terpaksa menggunakan bantuan mesin untuk terus hidup namun takdir Allah telah menentukan segala-segalanya. Insan yang cukup istimewa itu telah meninggalkan seluruh warga kolej Universiti Insaniah dengan kisah akhir perjalananya sebagai seorang penuntut ilmu.

Sudah pasti insan yang paling tersentuh dengan pemergian insan ini ialah seluruh ahli keluaganya serta sahabat-sahabat yang mengenali insan ini. Pemergiannya di usia muda adalah bukti bahawa "status" umur bukan penghalang untuk manusia menuju buat selama-lamanya kepada penciptanya.

Sewaktu menziarahi arwah untuk memberi penghormatan terakhir pada petang semalam suasana hening dan suram menyambut setiap langkah tetamu yang hadir. Apa tidaknya keramaian tetamu yang hadir menziarah arwah menunjukkan arwah begitu disenangi dan disayangi oleh setiap insan sepanjang hayatnya.

Pemergian arwah selaku sahabat dan saudara bersama  juga adalah petanda Allah begitu cintakan kita semua. Takdir perjalanan setiap manusia sudah diatur dengan sempurna oleh sang pencipta. Sudah pasti Allah ingin mengingatkan kita supaya lebih bersedia menghadapi kematian kerana ia merupakan fasa sebenar kita menuju dunia yang tiada akhirnya iaitu hari akhirat.

Jika hari ini kita masih mampu bernyawa mungkin besok belum tentu untuk kita.  Satu perkara yang sering dilupai ialah ungkapan “ maaf” yang sukar dilafazkan dek angkara perasaan malu, ego dan amarah. Kehidupan seharian manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan biarpun mungkin kesalahan itu hanya lawak jenaka yang sebenarnya telah mengguris perasaan insan lain tanpa disedari.

Tugas yang diamanahkan kepada kita  sebagai mahasiswa juga mungkin telah kita calari dengan tidak menghadirkan diri ke kuliyyah dengan sengaja, mengutuk pensyarah yang dirasakan benci atau melanggar amanah yang lain  merupakan tindakkan yang membunuh harapan ibu bapa secara halus. Secara tidak langsung juga kita telah mengundang kemurkaan Allah kerana tindakkan seumpama tadi memerlukan “kemaafan” segera dari insan yang telah kita lukai.

Oleh itu, janganlah disimpan lafaz yang bermakna itu gara-gara malu dengan luahan yang ingin diungkapkan. Tiada siapa yang tahu ungkapan “ tolong maafkan saya” boleh memberikan seribu makna kepada si penerima.

Janganlah malu untuk mengubah dunia dengan ungkapan bermakna tersebut. Percayalah ungkapan berharga itu sememangnya adalah pengubat duka dan lara buat insan yang terasa dengan tindakkan  yang mungkin dilakukan dengan sengaja atau tidak.

Ia juga mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka di akhirat kelak kerana sekurang-kurangnya sebelum nyawa diseru di penghujungnya kita masih sempat untuk memohon kemaafan buat mereka. Andai besok adalah yang terakhir buatku “ tolong maafkan daku” andai selama ini aku banyak menyusahkan kalian semua" tolong maafkan aku". Andai besok hari terakhirku " sedekahlah seiklas doa buatku di sana.

PERAK BELUM MAHU TEWAS

Ketika rekod pasukan Kelantan selaku pendahu liga super sekarang sudah dicalarkan oleh pasukan bukan pilihan Pahang dalam perlawanan liga super sabtu lalu pasukan Perak pula seperti semakin liat untuk ditumbangkan oleh mana-mana pasukan setakat ini.

Setelah mengharungi 7 perlawanan dengan mengutip 13 mata pasukan yang digelar seladang itu terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka biarpun kedudukan mereka di tempat kedua telah turun ke tangga ke 4 liga super.

Rekod terkini pasukan Perak itu telah mula membuka mata pengalisis bola sepak tanah air dimana pasukan dari utara itu dilihat mampu menjadi pencabar utama untuk mengenggam salah satu piala yang dianjurkan dalam saingan bola sepak Malaysia.

Pada musim-musim sebelum ini pasukan perak telah melalui detik kegelapan apabila hanya menjadi pasukan belasahan kepada pasukan lain dan hampir disingkirkan dari liga super tetapi nasib tersebut lebih layak diterima oleh sebuah lagi pasukan dari utara iaitu pulau pinang  setelah mempamerkan aksi kurang konsisten pada tahun lepas sehingga terpaksa bermain dalam liga perdana pada musim ini.

Buat peminat pasukan "kejor yob kejor" sudah pasti ingin melihat pasukan kesayangan mereka itu terus mengekalkan rekod tanpa kalah  tetapi keputusan 3 kemenangan dan 4 seri sebenarnya telah mula mengundang resah buat jurulatih mereka yang lebih dikenali dengan gelaran "cikgu Jan".

Dalam sebuah akhbar tempatan sebelum pertemuan menentang pasukan T-Team sebelum ini cikgu Jan menganggap pasukan bimbingannya itu masih berada dalam prestasi kurang meyakinkan dan hanya bermain dengan baik apabila diberikan kata-kata semangat.

Nada resah cikgu Jan sememangnya bertempat kerana jika dinilai prestasi skuad seladang ketika ini pasukannya itu seperti ketandusan kemenangan apabila hanya mampu seri dalam 2 perlawanan terakhir mereka biarpun beraksi di halaman sendiri.

Jesteru Pasukan Perak perlu membuktikan kepada penyokong mereka apabila melayani kunjungan Terangganu di stadium Ipoh hari ini 15 hb 3 2011 dalam saingan suku akhir piala FA.

Jika diambil kira keputusan Terangganu yang tewas di tangan kedah 1-2 baru-baru ini pasukan dari pantai timur itu sudah pasti ingin membalas dendam dengan menghadiahkan kekalahan pertama kepada pasukan perak dihadapan penyokng sendiri.

Oleh itu , skuad Seladang perlu memperbaiki kelemahan yang ketara dalam pasukan terutamanya di posisi serangan supaya mampu untuk menjaringkan gol dan memperoleh kemenangan pada setiap perlawanan yang ditempuhi.

Buat pasukan perak, teruskan rekod kecermelangan anda! 

Insha Allah dengan usaha dan komitmen yang tinggi stasus " juara " sudah pasti mampu dimiliki.







Radja - Maafkan

Tahniah Malaysia!!!!

Putrajaya 12 hb 2011 Pertandingan pidato peringkat antarabangsa yang membabitkan 59 peserta dari 55 buah negara  telah melabuhkan tirainya semalam.

Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri  yang berlangsung  di Pusat Konvenkesyen Antarabangsa semalam menyaksikan peserta dari Malaysia telah muncul johan untuk kategori nusantara apabila berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang hadir dengan isi-isi yang bernas dan kepetahan beliau berpidato.

Perebutan  untuk tempat naib johan telah berjaya diraih oleh oleh peserta dari Brunei dan diikuti peserta dari Singapura yang berjaya mendapat tempat yang ke-3.

Sekalipun  peserta dari Brunei semalam seakan bakal dinobatkan sebagai juara dengan susunan isi beliau yang kemas, teratur dan berjaya mendapatkan perhatian penonton tetapi ternyata tuah lebih memihak peserta dari UPM yang mewakili Malaysia untuk dianugerahkan gelaran juara.

 Johan kategori peringkat antarabangsa pula telah berjaya dirangkul oleh wakil peserta dari Turki dan naib johan berjaya diraih oleh peserta dari Russia dan  peserta Australia di tempat ke-3.

Dengan keputusan semalam telah menyaksikan China gagal untuk mempertahankan kejuaraan mereka yang dimenangi pada tahun lepas.

Pertandingan kali ini merupakan edisi kelima berturut-turut apabila ia mula dianjur pada tahun 2007 dan diilhamkan sendiri oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Razak sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

SUMBANGAN IKHLAS DIPERLUKAN SEGERA

Alor Setar 9 hb Kuliyyah Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan bakal mengadakan satu program amal bersama anak-anak yatim yang bertempat di Kuala Nerang , Kedah pada 19 mac ini.

Program yang akan diadakan ini bakal melibatkan Mahasiswa K.U.I.N bersama anak-anak yatim selama 1 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur antaranya pemberian dana, gotong royong ,dan pelbagai lagi.

Anjuran program yang dicetuskan oleh Kulliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan semester 4 ini dilihat mampu membina ikatan ukhwah diantara mahasiswa bersama masyarakat setempat sekaligus menunaikan amanah Allah seperti yang dikisahkan dalam surah Al-Maun yang menyuruh umat islam tidak mengabaikan tangungjawab kepada anak-anak yatim.

Pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi adalah lokasi yang dipilih untuk menjayakan program kali ini dimana pusat jagaan ini sememangnya memerlukan perhatian daripada masyarakat luar kerana keadaannya yang begitu dhaif dan ditambah dengan lokasinya yang agak terpencil begitu mengusik jiwa buat mata yang memandangnya serta menyebabkan kewujudan rumah jagaan ini kurang diketahui umum.

Tinjauan yang baru dilakukan beberapa hari yang lepas oleh skuad BBA memberikan beberapa gambaran bertapa pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Nerang ini amat memerlukan segera dana dan pertolongan dari masyarakat luar bagi menampung segala keperluan anak-anak yatim yang masih terlalu jauh perjalanan hidup mereka.

Keadaan rumah yang tidak beberapa terurus, ditambah dengan kekurangan peralatan sekolah seperti buku, alat tulis ,baju dan lain-lain sememangnya menjadi tanda tanya hala tuju anak-anak ini untuk meneruskan hidup mereka seperti insan lain.

Oleh yang demikian, program yang bakal dianjur pada 19 mac 2011 ini diharap mampu meringankan beban anak-anak yatim ini supaya kehidupan mereka tidak tersisih dan diabaikan.

Meskipun begitu, wang dana yang ingin diserahkan kepada pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi masih belum mencukupi dan membuatkan perjalanan pogram bakal terbantut dengan masalah yang sedang dihadapi ini.

Oleh itu, Pihak Kuliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan semester 4 amat mengharapkan belas ihsan masyarakat luar khususnya penuntut ,pensyarah dan staf kolej universiti Insaniah sendiri untuk sama-sama menyumbangkan sedikit derma agar program mulia ini dapat direalisasikan bersama-sama.

Sebarang pertanyaan  mengenai  pusat jagaan ini atau pemberian derma yang ingin dibuat boleh terus menghubungi Pusat Jagaan Baitul Al-Hashimi di talian 019/ 4125194 / 013 4574229 atau terus datang ke tempat yang beralamat Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi Lot 1217 ,Bendang Pelai ,Mukim Belimbing Kiri, Jalan Padang Sanai 066300 Kuala Nerang ,Kedah Darul Aman.

Orang ramai juga boleh membuat sumbangan terus kepada  Kuliyyah Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan  semester 4  dengan menghubungi wakil kulliyyah berkenaan iaitu saudara syafik bin musa di talian 013-4712650 .

Selain dana dalam bentuk wang ,pemberian lain seperti peralatan dapur, sekolah, kelengkapan tidur atau apa sahaja bentuk sumbangan daripada orang ramai amatlah dialu-alukan.



~SEKILAS DARI AYAT SUCI AL-QURAN SURAH AL-MAUN AYAT 1 ,2 DAN 3 ~

1-TAHUKAH KAMU ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMA?

2- ITULAH ORANG YANG MENHERDIK ANAK YATIM

3-DAN TIDAK MENGANJURKAN MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN

Kau Teman - FINE feat. Halim DEVOTEES ( lyric )

USTAZ ABDULLAH KHAIRI GEGARKAN INSANIAH

Alor Setar, 3 hb 3 Program yang dianjurkan oleh persatuan PERTEMU Kolej Universiti Insaniah dalam majlis "Parent Day" berjaya mendapat sambutan yang amat memberansangkan di kalangan penuntut muamalat.

Program yang  berjaya menghimpunkan penuntut-penuntut kuliyyah muamalat disifatkan sebagai antara program yang terbaik yang dianjurkan oleh persatuan tersebut sepanjang tahun ini.

Dalam program tersebut, penceramah jemputan iaitu ustaz Abdullah Khari telah berjaya memberikan ceramah motivasi yang sangat berkesan kepada semua peserta yang hadir dengan ceramah beliau yang bertajuk"ibu-bapa"

Ceramah yang disampaikan oleh ustaz Abdullah Khari ternyata berjaya menarik seluruh perhatian penuntut kuliyyah muamalat dimana kesuluruhan perjalanan ceramah tersebut berjaya menyentuh jiwa dan emosi peserta. Ustaz Abdullah Khairi juga bijak menarik perhatian peserta dengan cara spontanya yang menghiburkan semua yang hadir.

Disamping itu juga ,kumpulan artis nasyid terkenal Kolej Universiti Insaniah F.I.N.E turut memeriahkan majlis dengan 3 persembahan nasyid mereka semasa permulaan program dan majlis penutup.

Antara lagu yang diperkenalkan kepada penonton yang hadir ialah  lagu yang berjudul "kau temanku" iaitu sebuah lagu nasyid yang dalam proses pembikinan album dan ligat diputarkan di radio ikim.

 Lagu bertajuk "kau temanku" dalam album yang akan diterbitkan nanti turut menampilkan salah seorang anggota kumpulan DEVOTEES iaitu Halim yang akan bergabung bersama F.I.N.E dalam menjayakan lagu terbaru kumpulan yang sedang meningkat naik ini.

Meskipun begitu, program yang dijalankan juga sedkit terencat dengan kelewatan waktu disebabakan masalah teknikal. Kelewatan itu menyebabkan waktu program yang sepatutnya bermula jam 8.30 pm diinjakkan menjadi 9.00 pm.

Walaubagaimanapun ,keseluruhan program berjaya berjalan dengan lancar serta turut dirasmikan Dekan Kuliyyah Muamalat oleh Profesor Dr Wan Sulaiman.

Dianggarkan hampir 400 peserta menghadiri program yang dianjurkan oleh PERTEMU. Turut hadir ialah President Majlis Perwakilan Mahasiswa iaitu Faiz Arshad.

Antara program lain bakal dianjurkan oleh Persatuan Eksekutif Muamalat   Kolej Universiti Insaniah ialah Majlis Anugerah dekan yang akan diadakan pada pertengahan bulan ini.

ASA EXPLORE TURUN KE PULAU PINANG

Pulau Pinang 2 hb 3 sebuah konsultan fasilitator yang sememangnya terkenal di negeri selatan seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal mengadakan program motivasi di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Badan konsultant berkenaan yang lebih dikenali sebagai ASA EXPLORE akan mengadakan program selama 3 hari di Sek Keb Indera Muda Pulau Pinang. Tahun ini juga merupakan kali yang seterusnya Asa Explore mengadakan program motivasi di sekolah bahagian utara setelah berjaya melaksanakan program sebelum ini pada tahun 2007,2008,2009 dan 2010.

SMK Seri Balik Pulau, Sek Keb Taman Senangan dan Sek Keb Teluk Air Tawar merupakan antara sekolah yang menjemput Asa Explore bagi mengadakan program motivasi antaranya kem solat, kem kepimpinan (you -Lead) dan pelbagai lagi pada tahun-tahun sebelum ini.

Program yang akan bermula 11,12 dan 13 hb 2011 iaitu jumaat,sabtu dan ahad ini bakal menghimpunkan fasilatator yang bertauliah dan berpengalaman antara terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa seluruh negara antaranya seperti UITM, UIA, UKM , UPM, KUIS, KUIN, USIM dan juga Instutusi pengajian tinggi yang lain.

Kelainan kaedah penyampaian motivasi oleh Asa Explore menyebabkan badan konsultant ini begitu mendapat tempat khususnya di sekolah-sekolah Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Selain itu juga, bagi  para fasilatator yang  baru untuk berkhidmat untuk konsultant ini juga diberi pendedahan yang berguna dengan mengikuti kursus Fasstrain iatu kursus yang menekankan kaedah-kaedah menjadi seorang pebimbing yang cemerlang selama 2 hari . Kesemua bakal fasilatator juga akan diberi sijil pegiktirafan yang disahkan oleh badan bukan kerajaan Arab Saudi iaitu W.A.M.Y.

Asa Explore yang bakal mengadakan program pada hujung minggu ini akan memberikan pendedahan berguna  dengan pelbagai modul yang menarik dan memberi kefahaman mantap kepada para peserta dalam memahami tugas mereka sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan dalam masa yang sama mentaati sepenuhnya perintah Allah dan Rasul.

Badan Konsultant ini berpusat di Serdang ,Selangor  dan telah berjaya melaksanakan  program di  pelbagai sekolah seluruh negara sepanjang tahun.