PELAJAR MUAMALAT KUIN PINTA PENJELASAN

Minggu peperiksaan akhir yang hampir tiba ke penghujungnya seakan menjadi kerisauan kepada seluruh pelajar Muamalat.

Persoalan mengenai tarikh sebenar perpindahan ke Stargate masih menjadi tanda tanya kerana keputusan rasmi belum disahkan oleh pengurusan Kuliyyah Muamalat selaku pengurusan yang memayungi hampir 1400 pelajarnya ketika ini

Perkara ini sememangnya merungsingkan kebanyakkan pelajar khususnya kepada yang menetap di rumah sewa kerana selagi tiada "keputusan rasmi" maka ianya memberi kesan kepada pelajar muamalat yang tinggal luar dari negeri kedah dan juga kepada para pelajar antarabangsa seperti Kemboja dan Thailand kerana perlu untuk mendapatkan rumah sewa sebelum bermula semester baru nanti.

Sebelum ini dikhabarkan sudah 2 kali masyuarat di peringkat atasan diadakan tetapi tampaknya masih belum ada sebarang jawapan yang dikeluarkan oleh Kuliyyah Muamalat .

Setakat ini, yang kedengaran hanyalah ura-ura mengatakan seluruh warga muamalat akan berpindah bermula semester depan tetapi tarikh sebenar masih belum diketahui . Kelewatan mengeluarkan arahan dikhuatiri menyebabkan keadaan akan menjadi " kelam kabut " pada awal semester depan kerana saban tahun pendaftaran pelajar yang membabitkan kuliyyah muamalat semakin bertambah bersesuaian dengan pertambahan kos yang ditawarkan.

Maka dalam hal ini, Kecekapan pengurusan amatlah ditagih supaya para pelajar tidak diperkotak-katikkan dengan isu yang dianggap masih samar-samar dalam kesahihanya.

Harapan menggunung juga diletakkan di bahu pihak atasan agar menguruskan hal ini dengan sebaik-baiknya . Sebolehnya juga, penerangan isu semasa tentang perpindahan ke stargate dapat dijelaskan segera oleh pihak yang terlibat supaya para pelajar dapat mengetahui perkara ini dengan sebenar dan tidak tersalah dalam membuat keputusan dan perancangan .

JOM TERJAH UUM MALAM INI

 UUM, 22 hb Kes rasuah yang  membabitkan penjawat sektor awam dan swasta  serta menjadi bahan utama  di dada akhbar begitu merungsingkan pelbagai pihak yang prihatin akan masalah ini.

Jesteru itu, Kelab Sekretariat Pencagahan Rasuah (SPRUUM) mengambil jalan inisiatif untuk mencegah perkara seumpama ini di peringkat awal dengan mengadakan ceramah yang bertajuk" Rasuah, Islam dan Mahasiswa" yang bertempat di  Dewan Komplek pusat islam  Baru ,UUM pada pukul jam 9 malam ini.

Program yang diadakan ini juga adalah adalah bagi memupuk kesedaran awal dalam kalangan mahasiswa yang bakal menjadi pelapor kepada alam pekerjaan setelah tamat dalam bidang pengajian di peringkat universiti nanti.

Langkah yang dibuat bagi memantapkan pemahaman mahasiswa dengan program seumpama ini sememangnya  satu tindakkan terpuji kerana punca sebenar rasuah  berleluasa di setiap sektor pekerjaan adalah berpunca dari sikap para pekerja yang kurang penghayatan nilai-nilai islam dalam diri. Kekurangan pendedahan pada setiap peringkat umur mengenai bahaya rasuah  membuatkan masalah yang wujud seperti ini menjadi sebati dalam kehidupan seharian kebanyakkan pekerja yang khususnya beragama islam.

Penganjuran program seperti ini juga seharusnya diperluaskan di setiap Insitituti Pengajian Tinggi bagi mengasah pemikiran setiap mahasiswa agar bijak dan mampu untuk menghakis masalah korupsi yang kian parah menyerang bukan sahaja sektor pekerjaan malah turut menjadi amalan dan kebiasaan dalam bidang sukan, politik dan pelbagai bidang lain.

Oleh itu, program yang bakal bermula secara rasmi pada malam ini tidak hanya dibuka kepada penuntut di UUM malah penyertaan  secara percuma ini turut mengalu-alukan kehadiran masyarakat luar bagi menjayakan sepenuhnya program berilmiah seperti ini.

Kelab Sekretariat Pencegahan Rasuah UUM merupakan antara badan yang menggerakkan pelbagai lagi aktiviti lain yang tidak hanya menjadikan isu rasuah sebagai modal penubuhan persatuan ini tetapi turut bertindak sebagai tunjang belakang kepada penyaluran maklumat yang berkaitan dengan pelbagai isu jenayah lain.

BBA FC Akhiri Kempen Dengan Kemenangan

Hasrat untuk menebus kehampaan kepada musuh tradisi akhirnya terbalas setelah Bba fc berjaya menewaskan Bacc fc 2-1 minggu lepas.

Dengan kemenangan itu Bba fc berjaya menutup tirai kempen mereka musim ini dengan misi yang tercapai.

Pada rekod pertemuan sebelum ini keputusan perlawanan banyak memihak kepada bacc fc yang lebih banyak mencatat kemenangan namun dalam perlawanan persahabatan minggu lepas telah menyaksikan bba fc berjaya untuk mencalar rekod bersih pihak lawan yang hanya pernah tewas beberapa kali sahaja kepada pasukan bba fc sebelum ini.

Dalam perlawanan tersebut Bba fc turun tanpa berapa tonggak utama mereka tetapi berjaya untuk mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Bba fc juga bakal mengatur perlawanan dengan sebuah pasukan kelab luar negara yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa di K.U.I.N. Walaubagaimanapun  sekiranya mendapat persetujuan dari kelab tersebut perlawanan  hanya akan diadakan pada awal semester depan.

KONSERT AMAL SATU CINTA

TAHNIAH UNTUK KEMUDI !!!

Alor Setar, Kejayaan menganjurkan konsert amal satu cinta oleh Kelab Muda Insaniah (kEMUDI) wajar diberikan penghargaan.

Konsert Amal Satu Cinta yang bertujuan mengutip dana untuk anak-anak yatim sekolah batu 9 Yan Kedah berjaya meraikan mereka dengan program yang tersusun dan menarik.

Pada Malam tersebut menampilkan 4 kumpulan nasyid K.U.I.N dengan salah satunya ialah kumpulan yang baru ditubuhkan iaitu MASRY serta penampilan istimewa daripada Ustaz Hasnul Jamal yang terkenal dengan lagu nasyid berjudul "Subhanallah Walhamdulillah" suatu ketika dahulu.

Persembahan dari Ustaz Hasnul Jamal iaitu bekas anggota kumpulan DIWANI berjaya menggamit perhatian penonton dengan lagu-lagu beliau yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan mesej berguna kepada seluruh penonton yang hadir.  Antara lagu-lagu yang disampaikan ialah "cari jodoh", "mukmin sejati" dan lagu tema konsert iaitu " satu cinta".

Penganjuran konsert amal satu cinta yang dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan baru K.U.I.N iaitu MASRY juga amat menghiburkan. Walaupun masih terlalu muda dengan dunia nasyid di bumi K.U.I.N tetapi MASRY berjaya menampilkan persembahan yang matang dan meyakinkan dan berpotensi untuk mengorak lebih jauh dalam industri nasyid tanah air.

Dalam pada itu, sesi perletakkan jawatan dan perlantikan Majlis tertingi KEMUDI turut diumum dan diperkenalkan . 

Majlis turut diserikan dengan tema "kesultanan melayu Melaka" dimana setiap penonton disajikan dengan suasana pada zaman tersebut serta dihidangkan dengan persembahan gimit yang memukau.

Dengan kejayaan menganjurkan konsert amal satu cinta semalam pastinya satu kepuasan bagi KEMUDI yang menutup tirai semester ini dengan penuh bergaya dan menaikkan lagi nama kelab ini di mata pelajar sebagai satu-satunya kelab yang berorentasikan kebudayaan dan kesenian.

Dianggarkan hampir 100 penonton yang hadir pada kali ini dan turut diundang dalam konsert semalam ialah kumpulan fine dan univoice.

KEMUDI adalah antara salah satu kelab yang aktif di Kolej Universiti Insaniah dengan pelbagai program yang dirangka setiap tahun.

BBA FC SEDIA KEMBALI

Alor Setar 2 hb 2011 Setelah sekian lama menyepi dalam kencah bola sepak K.u.i.n kini pasukan Bba fc sedia untuk kembali dengan mengadakan satu pelawanan persahabatan tidak lama lagi.

 Terdahulu , pasukan tunggal dari ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan ini telah mengambil keputusan untuk " berdiam seketika" akibat dari masalah kewangan yang melanda pasukan.

Kini,  Bba fc sedang merangka satu perlawanan persahabatan bulan ini tetapi belum memutuskan pasukan yang bakal menjadi lawan mereka . Keputusan menarik diri dari sebarang kejohanan dan perlawanan persahabatan sebelum ini dilihat menjejaskan prestasi pemain yang kurang didedahkan dengan perlawanan kompentetif dan ia memerlukan masa untuk bba fc kembali sebaris dengan pasukan-pasukan handalan lain.

Sebelum ini Bba fc telah mengatur perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan kelab iaitu Somalia fc tetapi perlawaan pasukan ini telah ditolak atas faktor-faktor tertentu.

Dalam masa yang sama Somalia fc turut membelasah sebuah pasukan luar iaitu Trumph point dari Kuala Kedah 10-0 sewaktu  perlawanan persahabatan mac lalu. Perlawanan yang berlangsung di stadium mini k.u.i.n itu sebagai langkah kelab itu mengekalkan rentak kemenangan  selaku juara bertahan selepas menjadi johan dalam sukan bola sepak K.u.i.n.

Peluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Afrika itu tidak terhenti setakat itu sahaja kerana pasukan lawan mereka itu bakal memberi kata putus lain sekiranya bersedia untuk mengharungi perlawanan ujian dengan Bba fc.

Jika perkara ini menjadi kenyataan ,pertemuan Bba fc dan Somalia fc bakal diadakan pada bulan depan .  ~ sumber dari m4