MENJELANG PERTEMUAN PRA PIALA DUNIA: MALAYSIA VS TAIWAN


Kuala lumpur 27 hb, Menjelang aksi pra kelayakan piala dunia menentang Taiwan rabu ini skuad senior negara enggan menoleh ke belakang lagi apabila optimis untuk membenam cabaran lawan mereka di bukit jalil .

Perlawanan pusingan pertama ini bakal menjadi pembakar semangat bagi pasukan kebangsaan untuk meneruskan rentak kejayaan skuad olimpik negara yang mencipta kejutan layak dalam cabaran terakhir kelayakan olimpik setelah mengetepikan Lubnan rabu lalu.

Biarpun, mungkin turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang dilapor mengalami kecerderaan seperti Nor Idlan Talaha dan Hadi yahaya berita itu sedikitpun tidak menggusarkan kem negara ketika ini kerana kehadiran semula penyerang berwibawa Malaysia iaitu Safee Sali sudah cukup menampung kekosongan di bahagian serangan skuad negara.

Prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh Badrul Bahtiar dalam kempen liga super berjaya mendapatkan semula kepercayaan jurulatih k. Rajagobal untuk menyarung jersey harimau Malaya.

Pemain berbakat yang bermain untuk skuad liga super Kedah itu tidak disenaraikan dalam skuad piala suzuki gara-gara mengalami kecerderaan telah pun meledak 2 gol dalam perlawanan persahabatan setakat ini sewaktu pertemuan menentang Myanmar di khota Bharu pada 18 jun lalu yang berkesudahan Malaysia menang 2-0 dan sewaktu membantu skuad senior menewaskan Harimau Muda A yang berkesudahan 3-1.

Sentuhan berbisa pemain muda itu diharap dapat diteruskan ketika pertemuan getir rabu ini.

Begitupun, pasukan negara perlu menerima hakikat bahawa pasukan yang bakal ditentang mereka di halam sendiri bukanlah calang-calang pasukan.

Biarpun Taiwan yang sekadar menduduki di rangking 153 dunia berbanding Malaysia yang berada di rangking 144, ia tidak boleh dijadikan ukuran sebenar tahap keupayaan pihak lawan yang berazam mahu membenam skuad negara di hadapan penyokong sendiri.

Menyedari hakikat itu, seluruh penyokong pasukan skuad kebangsaan yang berkelapangan diharap dapat hadir beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan moral kepada para pemain yang bakal berentap pada aksi rabu ini.

"" kita tidak boleh bergantung kepada ultras malaya sahaja untuk berdiri di belakang pemain memberikan sokongan sebaliknya penyokong yang lain juga diharap dapat bersama-sama dalam membantu skuad kebangsaan kita nanti. Saya ramal kita menang 3-0" ujar salah seorang peminat fanatik bola sepak tanah air yang tidak mahu namanya disiarkan.

Malaysia perlu mencari bekalan selesa sekiranya berhasrat untuk menyingkirkan Taiwan sebelum perlawanan timbal balik di tempat lawan pada 3 july nanti.

Menanti kehadiran Malaysia di pusingan kedua nanti sekiranya layak ialah Singapura pada 23 dan 28 july nanti.

Malaysia mara!!

Malaysia cipta sejarah

Skuad Olimpik Malaysia berjaya mencipta sejarah tersendiri setelah menundukkan Lubnan dalam perlawanan penuh debaran di stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Terikat dengan keputusan 0-0 di Beirut dalam perlawanan pertama ahad lalu ,skuad kendalian Ong kim swee tidak menunggu lama apabila berjaya membuka gol pendahuluan pada minit ke 7 apabila wan zack Haikal yang  memperdayakan pertahanan pasukan lawan membuka ruang kepada Irfan untuk merembat kencang gol tersebut  menjadikan kedudukan 1-0.

Lubnan juga dilihat sekali sekala mengancam kubu negara dengan beberapa percubaan berbahaya tetapi pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim ahmad berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Peluang terbaik Lubnan hadir pada pertengahan separuh masa pertama apabila pemain lincah mereka iaitu Haidar berjaya melepaskan rembatan kencang namun palang gol menyelamatkan maruah negara.

Pada minit terakhir separuh masa pertama stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi digegarkan dengan sorakkan padu hampir 18000 penonton apabila penyerang negara iaitu Wan Zack Haikal berjaya menyumbat gol kedua untuk Malaysia setelah menerima hantaran cantik dari rakan sepasukan  meletakkan Malaysia untuk mendahului  2-0 buat sementara.

Gol tersebut ternyata menyuntik semangat pemain Malaysia untuk terus memberi tekanan kepada skuad Lubnan

Di separuh masa kedua kem Malaysia sedikit cemas apabila pemain tengah skuad olimpik iaitu gary dibuang padang setelah menerima 2 kad kuning.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh skuad Lubnan untuk mengancam kubu gol negara dengan beberapa percubaan yang hampir memberikan gol kepada pasukan tersebut.

Terdahulu ,Lubnan berjaya merapatkan kedudukan dengan tandukan pertahanan mereka yang menewaskan penjaga gol, Kharul Fahmi Che Mat untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Akhirnya, Malaysia yang dipaksa bertahan bermati-matian mampu menarik nafas lega setelah pengadil dari Korea meniup wisel penanamat dengan kemenangan bergaya skuad olimpik negara 2-1.

Malaysia akan diundi di rumah Afc dalam saingan terakhir kelayakkan Olimpik  di bukit jalil dalam pertengahan tahun ini.

Turut layak ke pusingan terakhir ialah Korea Selatan, Arab Saudi, Jepun , Australia dan baki 7 lagi pasukan belum diketahui.

46 PENUNTUT K.U.I.N KE SABAH

Alor Setar 9 jun, Cuti semester yang sedang berlangsung selama 2 bulan di K.U.I.N pasti tidak lengkap tanpa sebarang pengisian program.

Justeru, tempoh cuti semester ini  akan digunakan sebaiknya oleh 46 pelajar BBA kuliyyah muamalat apabila mereka bakal mengadakan program ilmiah di kepulauan Borneo selama 7 hari bermula 23-29 ini.

Cabaran global dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar menuntut program yang diadakan pada kali ini  tidak bersifat santai semata-mata malah ia lebih banyak "menstruktur" semula pengatahuan mahasiswa yang sebelum ini hanya dipelajari dalam dewan kuliyyah untuk dipraktikkan dengan lebih mendalam sepanjang perjalanan program tersebut.

Hampir 10 tempat menarik yang akan dilawati oleh para peserta dalam program kali ini dimana ianya berkonsepkan lawatan sambil belajar.

Program ini adalah yang pertama diadakan luar dari semenanjung Malaysia pada tahun ini oleh Kuliyyah Muamalat.