REGU KITA TEWAS


Petaling Jaya- Misi skuad takraw KUIN untuk merangkul kejuaraan sulung pada edisi IPTIM tahun ini terbantut setelah terkandas di pusingan ketiga kepada KIAS.

Kekalahan itu hadir setelah skuad ini berjaya beraksi cemerlang dengan 2 kemenangan sebelum ini selepas menewaskan KUIS dalam acara regu berkumpulan 3-0 dan turut mengetepikan cabaran IIUC juga dengan keutusan 3-0.

Biarpun beraksi dengan penuh bertenaga pasukan KUIN ternyata gagal menyaingi kehebatan pasukan lawan yang menurunkan skuad utama pada pertemuan penuh getir petang tadi.

Setiap asakan mudah dipatahkan sehingga pada seketika para pemain dilihat mula tertekan dengan rentak permainan lawan yang bijak merantai setiap gerakkan sekaligus menafikan peluang KUIN dari memperolehi mata.

Biarpun , mendahului buat seketika pada pertengahan babak permainan namun perlawanan petang tadi ternyata bukan milik KUIN yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 acara regu berkumpulan.

Ia merupakan kekalahan kali kedua Kolej Universiti Insaniah kepada pasukan lawan setelah KIAS turut menyingkirkan pasukan ini pada peringkat separuh akhir dua tahun lepas.

Perlawanan selepas ini untuk KUIN merupakan misi mendapatkan pingat Perak.

KUIN CEMERLANG HARI PERTAMA IPTIM


Petaling Jaya- KUIN bermula langkah kanan setelah berjaya menundukkan KUIS dengan kemenangan bergaya 3 -0 dalam kategori sepak takraw berkumpulan pada edisi IPTIM tahun ini.

Turun dengan misi membalas dendam KUIN dilihat tidak berhadapan sebarang masalah apabila melayani KUIS dalam perlawanan pembukaan petang tadi .

Kemenangan tersebut sekaligus melunaskan dendam 2 tahun lalu apabila KUIN ditewaskan oleh pasukan sama pada peringkat kumpulan pada edisi IPTIM 2009.

Dalam acara lain pasukan bola tampar KUIN yang turun dengan misi mempertahankan kejuaraan turut mencipta kemenangan bergaya apabila mengetepikan cabaran wakil tunggal IPT Kelantan, KIAS pada hari pertama kejohanan .

Skuad bola tampar KUIN bermula agak goyah pada minit awal permainan apabila kerap melakukan kesilapan kecil sehingga mudah untuk pihak lawan mencuri mata percuma .

Seakan tersentak , KUIN mula bangkit dengan melakukan bebarapa asakkan berbahaya sebelum berjaya menundukkan lawan sekaligus mencerahkan laluan untuk ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, skuad bola sepak KUIN bermula hambar apabila sekadar seri dengan IIUC dengan keputusan 1-1.

Bagaimanapun ,KUIN terlebih dahulu di depan apabila membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama sebelum lawan sempat menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa kedua untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Dalam acara yang sama tuan rumah CFS IIUM ( Matrikulasi UIA) dimalukan dihadapan penyokong sendiri setelah tewas 1-0 kepada KUIS.








DEBARAN 24 JAM: TOLONG DOAKAN KAMI


Petaling Jaya- Kurang 24 jam dari sekarang pertembungan 2 musuh seteru dalam acara sepak takraw bakal bermula setelah KUIS dan KUIN dijadualkan bertemu pada perlawanan pembukaan kejohanan IPTIM kali ini.

Pertembungan 2 seteru utama ini bukan lagi menjadi medan untuk menguji pasukan masing-masing sebaliknya kedua-dua pasukan tersebut bertekad mahu memburu mata pertama pada perlawanan besok.

Kekecewaan ditewaskan KUIS dalam aksi peringkat kumpulan masih belum " terubat" sepenuhnya biarpun skuad takraw Insaniah berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir pada kejohanan IPTIM yang berlangsung di Kolej Universiti Melaka (KUIM) pada tahun 2009.

Kegusaran jelas terpancar di raut wajah para pemain bagi menghadapi perlawanan besok kerana bimbang keputusan yang sama bakal berulang sekali lagi.


( Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun ini)

Seperti kebiasaan KUIS dilihat pilihan terbaik untuk menang pada perlawanan tersebut kerana dibarisi oleh ramai pemain berbakat di setiap posisi termasuk mempunyai pemain simpanan yang berkualiti.

Namun, semua itu tidak akan melemahkan semangat skuad takraw KUIN yang berazam mahu beraksi dengan sebaik mungkin biarpun sedar laluan pada kejohanan kali ini begitu sukar berbanding kejohanan lalu.

Dalam pada itu, seluruh atlet yang selamat tiba di Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia (CFS IIUM) pada sabtu lalu berharap agar seluruh warga Kolej Universiti Insaniah mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka dalam membawa cabaran KUIN sepanjang kejohanan ini berlangsung.