SUMBANGAN IKHLAS DIPERLUKAN SEGERA

Alor Setar 9 hb Kuliyyah Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan bakal mengadakan satu program amal bersama anak-anak yatim yang bertempat di Kuala Nerang , Kedah pada 19 mac ini.

Program yang akan diadakan ini bakal melibatkan Mahasiswa K.U.I.N bersama anak-anak yatim selama 1 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur antaranya pemberian dana, gotong royong ,dan pelbagai lagi.

Anjuran program yang dicetuskan oleh Kulliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan semester 4 ini dilihat mampu membina ikatan ukhwah diantara mahasiswa bersama masyarakat setempat sekaligus menunaikan amanah Allah seperti yang dikisahkan dalam surah Al-Maun yang menyuruh umat islam tidak mengabaikan tangungjawab kepada anak-anak yatim.

Pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi adalah lokasi yang dipilih untuk menjayakan program kali ini dimana pusat jagaan ini sememangnya memerlukan perhatian daripada masyarakat luar kerana keadaannya yang begitu dhaif dan ditambah dengan lokasinya yang agak terpencil begitu mengusik jiwa buat mata yang memandangnya serta menyebabkan kewujudan rumah jagaan ini kurang diketahui umum.

Tinjauan yang baru dilakukan beberapa hari yang lepas oleh skuad BBA memberikan beberapa gambaran bertapa pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Nerang ini amat memerlukan segera dana dan pertolongan dari masyarakat luar bagi menampung segala keperluan anak-anak yatim yang masih terlalu jauh perjalanan hidup mereka.

Keadaan rumah yang tidak beberapa terurus, ditambah dengan kekurangan peralatan sekolah seperti buku, alat tulis ,baju dan lain-lain sememangnya menjadi tanda tanya hala tuju anak-anak ini untuk meneruskan hidup mereka seperti insan lain.

Oleh yang demikian, program yang bakal dianjur pada 19 mac 2011 ini diharap mampu meringankan beban anak-anak yatim ini supaya kehidupan mereka tidak tersisih dan diabaikan.

Meskipun begitu, wang dana yang ingin diserahkan kepada pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi masih belum mencukupi dan membuatkan perjalanan pogram bakal terbantut dengan masalah yang sedang dihadapi ini.

Oleh itu, Pihak Kuliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan semester 4 amat mengharapkan belas ihsan masyarakat luar khususnya penuntut ,pensyarah dan staf kolej universiti Insaniah sendiri untuk sama-sama menyumbangkan sedikit derma agar program mulia ini dapat direalisasikan bersama-sama.

Sebarang pertanyaan  mengenai  pusat jagaan ini atau pemberian derma yang ingin dibuat boleh terus menghubungi Pusat Jagaan Baitul Al-Hashimi di talian 019/ 4125194 / 013 4574229 atau terus datang ke tempat yang beralamat Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi Lot 1217 ,Bendang Pelai ,Mukim Belimbing Kiri, Jalan Padang Sanai 066300 Kuala Nerang ,Kedah Darul Aman.

Orang ramai juga boleh membuat sumbangan terus kepada  Kuliyyah Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan  semester 4  dengan menghubungi wakil kulliyyah berkenaan iaitu saudara syafik bin musa di talian 013-4712650 .

Selain dana dalam bentuk wang ,pemberian lain seperti peralatan dapur, sekolah, kelengkapan tidur atau apa sahaja bentuk sumbangan daripada orang ramai amatlah dialu-alukan.



~SEKILAS DARI AYAT SUCI AL-QURAN SURAH AL-MAUN AYAT 1 ,2 DAN 3 ~

1-TAHUKAH KAMU ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMA?

2- ITULAH ORANG YANG MENHERDIK ANAK YATIM

3-DAN TIDAK MENGANJURKAN MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN

No comments:

Post a Comment