BBA FC DAN SOMALIA TUNDA PERLAWANAN, INFO LANJUT PENYERTAAN SUKAN PESKO


Perlawanan persahabatan pada hujung minggu ini yang membabitkan pasukan yang boleh disignifikan "abang" dan " adik" terpaksa dibatalkan.

Pertemuan diantara Bba fc dan Somalia fc pada jumaat ini terpaksa ditunda disebabkan memberi laluan kepada pasukan Ragbi K.U.I.N untuk mengadakan latihan yang turut dijadualkan pada jumaat ini.

Meskipun begitu, perlawanan penting ini akan diganti pada tarikh yang akan diputuskan dalam perbincangan diantara kedua-dua pasukan kelak.

Penundaan perlawanan ini membuka ruang luas kepada Bba fc bagi mempersiapkan pasukan sebelum "diuji" sepenuhnya oleh pasukan yang acap kali menjuarai kejohanan Sukan Integrasi K.U.I.N sebelum ini.

Bba fc pada sebelum ini dilaporkan mempunyai masalah dari segi pasukan apabila dilihat tidak dapat menggunakan beberapa tonggak penting atas beberapa faktor tertentu.

Justeru, tarikh rehat yang agak lama pastinya ingin digunakan oleh kedua-dua pasukan untuk melakukan "sesuatu" sebelum bermulanya perlawanan tersebut.

Sementara itu, Kejohanan pesta kovokesyen ( PESKO ) yang membabitkan acara futsal akan berlangsung pada sabtu minggu ini.

Oleh itu, bagi setiap penuntut K.U.I.N yang berminat untuk menyertai kejohanan ini masih boleh mendaftar pasukan masing-masing pada hari sabtu ini bertempat di padang kampus induk Mergong pada jam 8.00 pagi.

Yuran penyertaan setiap pasukan hanya dikenakan dengan bayaran serendah rm 10.

Selain pertandingan Futsal acara seperti badminton, bola tampar dan lain-lain turut dipertandingkan .

Borang penyertaan boleh diperolehi di koperasi atau bilik MPM kampus induk dan sebarang pertanyaan serta maklumat boleh terus menghubungi setiap AJK pelaksana di nombor telefon yang tertera pada borang pertandingan.




K.U.I.N TETAP "SERTAI" IPTIM 2011

KEDAH- Desas -desus berkaitan IPTIM 2011 tanpa penyertaan K.U.I.N akhirnya terlerai setelah pihak atasan menetapkan keputusan muktamad untuk menyertai kejohanan berprestij tersebut dalam masyuarat yang diadakan semalam.

Keputusan tersebut pastinya melegakan penganjur kejohanan yang berada dalam dilema setelah 4 buah koleh termasuk K.U.I.N dikatakan terpaksa menarik diri kerana pertembungan tarikh kejohanan dengan peperiksaan semester akhir.

KIAS dan KISDAR antara kolej yang turut menghadapi masalah serupa dan sebuah lagi IPT yang dikhabarkan bakal menarik diri atas alasan yang sama tidak dapat dikenal pasti.

Namun sejauh mana perkembangan 3 buah lagi Instituti Pengajian Tinggi Islam tersebut dalam menetapkan keputusan untuk menyertai IPTIM masih belum diketahui.

Dalam masa yang sama, skuad sepak takraw K.U.I.N memulakan latihan pertama mereka pada petang ini bagi menghadapi kejohanan tersebut setelah mendapat khabar gembira penyertaan Kolej ini untuk kali yang seterusnya dalam pesta sukan IPTIM .



( KISDAR turut mempunyai masalah yang sama)


Apa yang pasti, keputusan pentadbiran untuk menyertai kejohanan ini sudah pasti dihargai oleh pelbagai pihak kerana "menyemai" semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan IPT Islam Malaysia.

Kejohanan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur akan membuka tirai pada 22 Oktober nanti.




IPTIM 2011 TANPA KUIN??


Alor Setar - Perkhabaran kurang enak menjelang Pesta Sukan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTIM) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur penghujung bulan 10 nanti sedikit mendukacitakan para atlet K.U.I.N yang sedia untuk 'turun padang' pada kejohanan tersebut.

Kejohanan yang menjadi medan untuk seluruh Intitusi Pengajian Tinggi Islam mempertaruhkan para atlet di Kejohanan yang berlangsung 2 tahun sekali itu pasti kurang seri pada tahun ini setelah K.U.I.N mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang penyertaan dalam mana-mana acara yang dipertandingkan.

Keputusan itu hadir setelah tarikh pertembungan Sukan IPTIM dengan peperiksaan semester akhir yang menjadi penghalang besar untuk K.U.I.N menghantar atlet sekaligus menjadi tahun pertama ketiadaan IPT tersebut dalam kejohanan terpenting ini.



( tahun 2011 IPTIM tanpa kehadiran K.U.I.N)


Pada tahun sebelum ini K.U.I.N merupakan pencabar "utama" dan sering mendominasi dalam acara tertentu seperti sukan sepak takraw, bola sepak, badminton dan olahraga.

Biarpun secara keseluruhannya K.U.I.N bukanlah juara dalam acara tersebut tetapi penyertaan IPT ini dalam setiap sukan yang dipertandingkan membuatkan IPT lain terpaksa bertungkus lumus setiap kali berdepan dengan pencabar dari utara tanah air ini.



( K.U.I.M menjadi tuan rumah sukan IPTIM pada tahun 2009)


Sukan bola tampar K.U.I.N pula berjaya mencipta kejutan sewaktu Kolej Universiti Islam Melaka menjadi tuan rumah setelah berjaya mencuri tumpuan dengan muncul juara pada tahun 2009.



Kejayaan itu sedikit sebanyak membuatkan IPT lain " mencemburui" skuad bola tampar K.U.I.N kerana pasukan tersebut belum pernah untuk membawa pulang sebarang pingat pada setiap pertandingan sebelum ini.

Skuad bola Sepak , Takraw dan badminton Institusi ini juga tidak mengecewakan kerana sudah acap kali melepasi sasaran melepasi peringkat separuh akhir dan berjaya memahat nama dalam kelompok 4 pasukan terbaik Instutusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia.

Ketiadaan K.U.I.N pada tahun ini pastinya tampak suram kerana seluruh IPT yang bertanding dalam Sukan kali ini kekurangan salah satu pesaing utama.

Kolej Islam Antarabangsa Malaysia bakal menjadi tuan rumah 2011 pada penghujung oktober nanti.