REGU KITA TEWAS


Petaling Jaya- Misi skuad takraw KUIN untuk merangkul kejuaraan sulung pada edisi IPTIM tahun ini terbantut setelah terkandas di pusingan ketiga kepada KIAS.

Kekalahan itu hadir setelah skuad ini berjaya beraksi cemerlang dengan 2 kemenangan sebelum ini selepas menewaskan KUIS dalam acara regu berkumpulan 3-0 dan turut mengetepikan cabaran IIUC juga dengan keutusan 3-0.

Biarpun beraksi dengan penuh bertenaga pasukan KUIN ternyata gagal menyaingi kehebatan pasukan lawan yang menurunkan skuad utama pada pertemuan penuh getir petang tadi.

Setiap asakan mudah dipatahkan sehingga pada seketika para pemain dilihat mula tertekan dengan rentak permainan lawan yang bijak merantai setiap gerakkan sekaligus menafikan peluang KUIN dari memperolehi mata.

Biarpun , mendahului buat seketika pada pertengahan babak permainan namun perlawanan petang tadi ternyata bukan milik KUIN yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 acara regu berkumpulan.

Ia merupakan kekalahan kali kedua Kolej Universiti Insaniah kepada pasukan lawan setelah KIAS turut menyingkirkan pasukan ini pada peringkat separuh akhir dua tahun lepas.

Perlawanan selepas ini untuk KUIN merupakan misi mendapatkan pingat Perak.

No comments:

Post a Comment