IPTIM 2011 TANPA KUIN??


Alor Setar - Perkhabaran kurang enak menjelang Pesta Sukan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTIM) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur penghujung bulan 10 nanti sedikit mendukacitakan para atlet K.U.I.N yang sedia untuk 'turun padang' pada kejohanan tersebut.

Kejohanan yang menjadi medan untuk seluruh Intitusi Pengajian Tinggi Islam mempertaruhkan para atlet di Kejohanan yang berlangsung 2 tahun sekali itu pasti kurang seri pada tahun ini setelah K.U.I.N mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang penyertaan dalam mana-mana acara yang dipertandingkan.

Keputusan itu hadir setelah tarikh pertembungan Sukan IPTIM dengan peperiksaan semester akhir yang menjadi penghalang besar untuk K.U.I.N menghantar atlet sekaligus menjadi tahun pertama ketiadaan IPT tersebut dalam kejohanan terpenting ini.



( tahun 2011 IPTIM tanpa kehadiran K.U.I.N)


Pada tahun sebelum ini K.U.I.N merupakan pencabar "utama" dan sering mendominasi dalam acara tertentu seperti sukan sepak takraw, bola sepak, badminton dan olahraga.

Biarpun secara keseluruhannya K.U.I.N bukanlah juara dalam acara tersebut tetapi penyertaan IPT ini dalam setiap sukan yang dipertandingkan membuatkan IPT lain terpaksa bertungkus lumus setiap kali berdepan dengan pencabar dari utara tanah air ini.



( K.U.I.M menjadi tuan rumah sukan IPTIM pada tahun 2009)


Sukan bola tampar K.U.I.N pula berjaya mencipta kejutan sewaktu Kolej Universiti Islam Melaka menjadi tuan rumah setelah berjaya mencuri tumpuan dengan muncul juara pada tahun 2009.



Kejayaan itu sedikit sebanyak membuatkan IPT lain " mencemburui" skuad bola tampar K.U.I.N kerana pasukan tersebut belum pernah untuk membawa pulang sebarang pingat pada setiap pertandingan sebelum ini.

Skuad bola Sepak , Takraw dan badminton Institusi ini juga tidak mengecewakan kerana sudah acap kali melepasi sasaran melepasi peringkat separuh akhir dan berjaya memahat nama dalam kelompok 4 pasukan terbaik Instutusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia.

Ketiadaan K.U.I.N pada tahun ini pastinya tampak suram kerana seluruh IPT yang bertanding dalam Sukan kali ini kekurangan salah satu pesaing utama.

Kolej Islam Antarabangsa Malaysia bakal menjadi tuan rumah 2011 pada penghujung oktober nanti.





No comments:

Post a Comment