UITM BURU KEJUARAAN DI PENTAS FINAL

Kejayaan kolej  Komuniti Kedah melangkah ke pentas final Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 sudah pasti membawa seribu "makna" kepada IPT tersebut sekaligus membakar semangat pasukan itu untuk pertemuan menentang UITM pada malam ini.

begitupun, bertemu pasukan sehandal UITM bukanlah perkara mudah buat mana-mana pasukan yang bertanding dalam saingan kali ini.

Buktinya UITM mudah membelasah UM 4-0 dalam perlawanan pembukaan dan terus melakarkan kemangan dalam perlawanan berikutnya.


Buat pasukan KKK yang digelar pasukan "kerdil" tidak kurang hebatnya apabila mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama apabila mengatasi MMU 4-2 dan turut melakar keputusan memberangsangkan dalam semua perlawanan sebelum layak ke final.

UITM yang dilabel sebagai pasukan pilihan dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi Kolej Komuniti Kedah di Final berdasarkan peningkatan mendadak yang ditunjukkan penyerang mereka.

Hakikat itu diakui sendiri oleh jurulatih UITM yang melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu menang di final .


"Saya menjangkakan kami boleh menang 3-0., peningkatan mendadak barisan penyerang kami sedikit melegakan saya" ujar Ariff selaku jurulatih pasukan itu.

Tanpa mahu mengalah pasukan Kolej Komuniti Kedah yang mencipta kejutan layak ke final dengan menumpaskan nama-nama besar IPTA lain dalam saingan kali ini turut memburu impian menjuarai Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011.

" Insha Allah saya yakin kami mampu menang 2-0, kami hanyalah pasukan kerdil tetapi tidak salah kalau kami juga memasang impian untuk muncul juara"

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebelum ini yang berkesudahan 1-1 dalam saingan Divisyen 1.

Dalam pada itu UKM dan UTHM bakal berentap di tempat ke3 dan ke-4 di stadium UKM, Bangi pada jam 4.30 petang sementara pertemuan final diantara UITM dan KKK akan berlangsung di stadium UITM syah Alam pada jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment