Malaysia mara!!

Malaysia cipta sejarah

Skuad Olimpik Malaysia berjaya mencipta sejarah tersendiri setelah menundukkan Lubnan dalam perlawanan penuh debaran di stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Terikat dengan keputusan 0-0 di Beirut dalam perlawanan pertama ahad lalu ,skuad kendalian Ong kim swee tidak menunggu lama apabila berjaya membuka gol pendahuluan pada minit ke 7 apabila wan zack Haikal yang  memperdayakan pertahanan pasukan lawan membuka ruang kepada Irfan untuk merembat kencang gol tersebut  menjadikan kedudukan 1-0.

Lubnan juga dilihat sekali sekala mengancam kubu negara dengan beberapa percubaan berbahaya tetapi pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim ahmad berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Peluang terbaik Lubnan hadir pada pertengahan separuh masa pertama apabila pemain lincah mereka iaitu Haidar berjaya melepaskan rembatan kencang namun palang gol menyelamatkan maruah negara.

Pada minit terakhir separuh masa pertama stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi digegarkan dengan sorakkan padu hampir 18000 penonton apabila penyerang negara iaitu Wan Zack Haikal berjaya menyumbat gol kedua untuk Malaysia setelah menerima hantaran cantik dari rakan sepasukan  meletakkan Malaysia untuk mendahului  2-0 buat sementara.

Gol tersebut ternyata menyuntik semangat pemain Malaysia untuk terus memberi tekanan kepada skuad Lubnan

Di separuh masa kedua kem Malaysia sedikit cemas apabila pemain tengah skuad olimpik iaitu gary dibuang padang setelah menerima 2 kad kuning.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh skuad Lubnan untuk mengancam kubu gol negara dengan beberapa percubaan yang hampir memberikan gol kepada pasukan tersebut.

Terdahulu ,Lubnan berjaya merapatkan kedudukan dengan tandukan pertahanan mereka yang menewaskan penjaga gol, Kharul Fahmi Che Mat untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Akhirnya, Malaysia yang dipaksa bertahan bermati-matian mampu menarik nafas lega setelah pengadil dari Korea meniup wisel penanamat dengan kemenangan bergaya skuad olimpik negara 2-1.

Malaysia akan diundi di rumah Afc dalam saingan terakhir kelayakkan Olimpik  di bukit jalil dalam pertengahan tahun ini.

Turut layak ke pusingan terakhir ialah Korea Selatan, Arab Saudi, Jepun , Australia dan baki 7 lagi pasukan belum diketahui.

No comments:

Post a Comment