MESIR VS SUARA RAKYAT

MESIR VS SUARA RAKYAT 

KAHERAH , tidak sampai sebulan kerajaan Tunisia ditumbangkan oleh suara rakyat kini giliran Mesir mahu menumbangkan perdana menteri mereka yang telah berkuasa 30 tahun lamanya sebelum ini.

Situasi tegang di Mesir sekarang ini telah melibatkan rakyat dan kerajaan bertempur yang menyebabkan kematian dan kecederaan. 

Dipahamkan ,rakyat Mesir bakal turun ke Takrif Square di Cairo ,Mesir di samping ke negeri-negeri lain bagi menumbangkan pemerintahan kuku besi mereka"Husni Mubarak".

Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat di sana ,kerajaan Mesir dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa memutuskan bekalan komunikasi termasuk intenet ,talefon bimbit serta pelbagai taktik lain.Namun begitu,segala bentuk halangan dari pihak kerajaan tidak bejaya menyekat kemarahan rakyat yang mahukan keadilan sebaliknya semangat rakyat Mesir semakin membuak-buak untuk menyingkirkan perdana menteri mereka itu.

Rata-rata rakyat mesir membantah dan bersuara kerana tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Husni Mubarak yang gagal memulihkan ekonomi Mesir yang semakin merudum jatuh ,disamping tahap pengangguran yang membimbangkan,Rasuah berleluasa dan kadar kemiskinan yang melambung tinggi.

Dalam perkembangan lanjut,jumlah penunjuk perasaan juga telah mencecah puluhan ribu orang yang disertai oleh lelaki dan juga wanita.

" saya berharap agar seluruh umat islam terutama di Malaysia agar tidak putus-putus berdoa kepada saudara islam di sana supaya kemenangan menjadi milik kita.Saya juga berharap semangat dari penduduk Mesir ditanam dalam setiap umat islam di Malaysia" jelas Muhammad farhan iaitu seorang penuntut kolej universiti insaniah dari Alor Setar.

Sementara itu, perdana menteri Mesir ,82,telah mengumumkan di kaca televisyen bahawa beliau tidak akan sekali-kali meletakkan jawatan sebaliknya mahu melaksanakan langkah-langkah demokrasi dengan merombak kabinet dalam pentadbirannya.

Keputusan muktamad perdana menteri Mesir itu dilihat bakal mencetuskan lagi api kemarahan rakyat dimana sebelum ini telah berlaku puluhan nyawa melayang dan ribuan yang lain tercedera.

Perkara itu berlaku sejurus 4 hari kebangitan rakyat di Mesir apabila berlakunya pertempuran pasukan keselematan dengan rakyat diikuti dengan ibu pejabat pemerintah,Parti Demokratik Nasional telah dibakar.

Senario getir yang berlaku di Kaherah ini akan dijangka merebak ke ibu kota lain apabila setakat ini sudah 2 bandar dikenakan perintah berkurung iaitu Iskandariah dan Suez disamping di bandar Mansoura berlakunya sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan terbunuh dan banggunan pemerintah hangus dibakar.~

No comments:

Post a Comment