8 ayat-ayat cinta

''.....JIwa manusia tidak terlepas dari resah bila mula mencintai selain Allah, Biarpun begitu fitrah manusia tidak terlepas dari ingin mencintai dan dicintai...Usahlah dirimu keliru bila bercinta itu dikatakan salah, kerana bukan Allah sengaja menghalang fitrahmu , hanya DIA ingin pastikan kau miliki cinta yang diredhai..."""


"Hebatnya perasaan yang Allah cipta pada diri setiap manusia, hanya sekilas rasa perasaan mampu mengubah kita samada mencintai penciptanya atau tersungkur jatuh..hebatnya perasaan kerana dengannya ia bisa menjauh dan mendekatkan sesama manusia tetapi lemahnya manusia kerana hanya sesaat ,perasaan mampu meruntuhkan iman manusia yang sebelum ini terbina teguh.."


""" Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi berusaha mencari kemuliaan di hadapan penciptanya..TETAPI..manusia yang merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya"""


"...Hati manusia diciptakan berbelah bahagi bila terjerat dengan perasaan ,Disebalik perasaan itu Allah ciptakan akal untuk menilai semula apa yang dirasanya..Ternyata ,iman akan memujuk akal supaya bijak membuat pilihan dan nafsu juga terus menggoda hati untuk membuat kputusan yang tergesa-gesa....""


""manusia yang lemah tanpa iman mudah untuk disungkurkan sekalipun musuhnya itu hanyalah manusia biasa..Akan tetapi..Manusia yang hebat dengan Iman di jiwanya sungguh istimewa sehingga malaikat juga perlu mengakuinya""

"" ...Jika mencintai Manusia, janganlah mencintainya sepenuh hatimu ,kerana bila sampai waktunya mungkin kau tidak akan diperlukan lagi..Tetapi jika mencintai manusia ,kongsilah rasa cinta itu pada yang ESA kerana dirimu akan tahu siapa sebenarnya yang lebih "layak" untuk dicintai......"""


"" kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bersungguh memeliharanya, Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"


''...Akhir hidup manusia ada yang seperti yang dimahukan dan ada juga yang tidak disangkakan ,keinginan yang kita kejar buatkan hati dan jiwa semakin berpaling dari landasan sebenar..janganlah terlalu mengikut telunjuk hati yang setiasa mahukan kesmpurnaan,Tetapi terimalah segala kekurangan kerana itulah "kesempurnaan" buat mereka yang sentiasa sabar...""

No comments:

Post a Comment