PELAJAR MUSLIMIN BBA JAYAKAN" Ekspedisi Kempen cintai alam sekitar sempena pogram tautan ukhwah"

* berita yang dipaparkan ini antara program tidak rasmi sem ini awl tahun ini 15 hb 1..selamat membaca wahai pembaca yang diredhai Allah

PELAJAR MUSLIMIN BBA JAYAKAN" Ekspedisi Kempen cintai alam sekitar sempena pogram tautan ukhwah"

Alor Setar 15 hb ,pelajar kuliyyah muamalat bba sem 4 mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 13 orang pelajar berjaya menakluk gunung jerai sempena ekspedisi cintai alam sekitar dan program tautan ukhwah.Bermula seawal jam 8.30 pagi lagi para paserta sudah mula berkumpul di kaki gunung jerai sambil melakukan senaman ringan bagi mengelakkan kecederaan semasa mendaki gunung.Tepat jam 9.00 pagi semua paserta memulakan bacaan doa yang diketuai oleh saudara othman dan mula mendaki gunung yang penuh catatan sejarah di bumi kedah ini.Dalam perjalanan ke puncak gunung para peserta diuji dengan semangat setiakawan di antara mereka di mana jika ada salah sorang peserta yang cedera maka peserta lain akan sanggup memikul paserta yang tercedera itu.Para peserta juga diuji dengan pelbagai ragam dan ujian kerana mereka dituntut untuk bersedia dari aspek mental dan fizikal jika mahu menamatkan Ekspedisi mendaki gunung jerai ini.

Tepat jam 1130 pagi para pelajar muamalat bba sem 4 mengukir seribu kepuasan apabila mereka berjaya menakluk gunung tertua dan tertinggi di kedah itu sambil ada para peserta yang sempat mengambil gambar-gambar keindahan panorama alam sekitar di puncak gunung.Wajah-wajah kecerian juga jelas terpancar pada wajah para peserta apabila mereka mengambil kesempatan di puncak gunung untuk membuat usrah halaqah sesama mereka sebagai tanda mengingati kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.Para pelajar ini juga turut mengambil angin dengan berjalan di kaki puncak gunung sambil disaljikan dengan keindahan alam sekitar. Setelah selesai berusrah dan berehat sebentar para peserta terus menunaikan solat zohor berjemaah di atas puncak gunung dan diimamkan oleh saudara Ridzuan.

Menurut ketua pengarah program saudara Rasis Ghazali, berkata " program yang diadakan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar lelaki.Saya juga sangat bersyukur kerana di kesempatan ini kami masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksankan satu pogram yang cukup bermakna ini, Insha Allah untuk program yang akan atang kita akan libatkan pelajar muslimat". Para paserta juga mengambil peluang untuk mengenali nama-nama tumbuhan serta melepaskan kepenatan dengan menjamu selera di kaki sungai. Turut mengambil kesempatan oleh para paserta ialah mandi sungai di puncak gunung dan mengenali para peserta dari uum yang turut membuat program lain di sana.

"" saya hampir menitiskan air mata kerana langsung tidak menyangka ukhwah sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim walupun selama ini mungkin ada antara kami yang tidak mengambil berat akan soal persahabatan, tetapi hari ini, di puncak gunung ini Allah mengajar kami erti persahabatan yang begitu indah dianjurkan dalam islam" begitulah antara jawapan yang keluar secara spontan oleh saudara Muhammad Hassif apabila ditanya soalan oleh wartawan kuliyyah bba mengenai pandangannya tentang program ini. Para peserta menamatkan ekpedisi pada pukul 6.08 ptg dalam keadaan yang selamat.~ sumber berita dari kuliyyah muamalat

No comments:

Post a Comment