Mahasiswa benarkah kita hebat ..jika....???

Mahasiswa Hebat

-Ilmu adalah mutiara yang dijulang-julang oleh mahasiswa, tidak kiralah di mana pusat pengajian tinggi yang menjadi kebanggaan mahasiswa, jika disebut sahaja perkataan mahasiswa masyarakat akan memandang mulia kepada kita, itulah hebatnya mahasiswa dan kita sebenarnya hebat.!

Mahasiswa Berkualiti

- Tidak keterlaluan jika dikatatakan asas tertegaknya sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai nilai norma hidup yang tinggi adalah kerana wujudnya mahasiswa yang berkualiti. Lihat sahajalah kepakaran Iran dalam bidang sains dan teknologi mereka, Jepun dan korea dengan nilai hidup masyarakat mereka yang tinggi, Qatar yang semakin mengorak jauh lebih maju dalam semua bidang  dan sekarang jiran kita Indonesia juga semakin hebat apabila sudah mampu mencipta senjata ketenteraan yang tersendiri . Hanya kerana adanya mahasiswa berkualiti , maka semua itu sudah tidak asing lagi untuk dimiliki oleh mana-mana negara masa kini. Itu juga maknanya kita hebat!

Mahasiswa Berani

-Suara Mahasiswa yang dimainkan oleh kebanyakkan universiti diseluruh negara sememangnya faktor utama yang mengangkat martabat mahasiswa menjadi " gah" di mata dunia. Rugilah kepada mahasiswa yang selama ini takut "ditertawakan" oleh kawan-kawan hanya semata-mata berarak-arakan dan bersuara di jalanan. Persepsi "segan" perlu dibuang jauh-jauh dari fikiran mahasiswa kerana adalah satu kerugian  kepada pelajar yang hanya menjadi hamba kepada tugas-tugas mereka di universiti. Serahkanlah sebahagian hidup anda kepada perjuangan mahasiswa kerana anda akan tahu mengapa suara anda amat diperlukan . Bukan hanya setakat sebuah kota boleh dirobohkan dengan suara mahasiswa tetapi sekiranya kita mahu dunia pun dapat digoncang dengan kekuatan suara mahasiwa. Tetapi apa itu suara mahasiswa?, bersembang?, melalak?, memekik?, atau sebaliknya?. Jawapan itu hanya ada pada anda, jika anda mengerti usahlah janggal untuk menjadi mahasiswa yang "berani" bersuara. Apapun jawapan yang ada dalam benak fikiran anda ketika ini , kita tetap mahasiswa yang hebat!

Mahasiswa Bijak

- Sudah menjadi perkara biasa apabila pointer yang dimiliki mahasiswa  adalah 3.5 dan keatas .Ruangan di dada-dada akhbar akan terus memaparkan kejayaan demi kejayaan para mahasiswa kita. Saban tahun, mahasiswa di Malaysia berjaya menamatkan bidang pengajian masing-masing dengan  ada yang mengenggam Ijazah, Master, dan Doktor.Kini angkanya yang terlampau banyak menggambarkan mahasiswa kita semakin cerdik dan bijak. Sah kita terlampau hebat!

Mahasiswa berbakti

-Mahasiswa juga semakin dekat di hati masyarakat apabila program-program bakti siswa menjadi acara wajib untuk setiap universiti mendekatkan pelajar mereka kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan .Sudah pasti dengan kegiatan amal mahasiswa ini bakal menjalinkan sebuah ikatan persaudaraan di antara universiti dan masyarakat.Tahniah kepada yang mendekatkan diri dengan masyarakat dan kita adalah hebat!


Tetapi.......




sayang................................




Kita...........................................................




sebenarnya..........................................................




lupa kepada satu perkara.......................................................




apa?????...............................................................................................




jawapannya ialah...............................................................................................




soal 'KEBERKATAN"..............................................................................................


Dalam berjuta-juta mahasiswa berapa ramai dalam kalangan kita yang memikirkan soal ini?, soal tanggungjawab seorang anak kepada ibu-bapa tidak perlu diberitahu kerana semua sudah tahu hukumnya. soal melakukan maksiat dengan kekasih hati juga tidak perlu diulang kerana anda sudah besar lagipun anda hebat. Tetapi sayang tidak menghormati pensyarah adalah perkara paling menyedihkan sebenarnya. Bila pensyarah mencurahkan ilmu dihadapan para pelajarnya tidak segan bersembang dan ada yang tidak segan silu bermain mesej. Bila kita ditugaskan dengan tugasan pula , tidak ramai yang mahu menyiapkan dengan sepenuh hati, tetapi kita lebih suka "copy and paste" dan meniru rakan lain. Perkara kecil inilah yang kita terlepas pandang lantas adakalanya jiwa kita kadangkala resah tanpa sebab, kenapa? mungkin faktor ini sebenarnya.

Mahasiswa... mahukah kita hanya berjaya pada gred pointer tetapi pada pandangan Allah kita adalah murid yang menderhakai gurunya.

 Mahasiswa.. mahukah , hanya kerana perkara sekecil ini ,segala ilmu yang kita pelajari ini langsung tidak berkat dan tidak mendapat restu guru dan pencipta kita.

Ramai yang seperti tidak tentu arah apabila hati mereka tiba-tiba sedih,resah dan gundah .Jika difikirkan semuanya seperti tiada masalah. Tetapi cuba kita muhasabah diri dan  selami hati kecil kita, mungkin soal keberkatan yang kita ambil ringan sebelum ini buatkan hidup kita serba tidak kena dan jauh ketinggalan dari kejayaan sebenar.

Berubahlah..wahai diri..Kita belum hebat jika perkara ini pun tidak dapat kita atasinya.

p/s~ hebatkah kita?.

No comments:

Post a Comment