REVOLUSI TANAH ARAB PERINGATAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA

Revolusi yang berlaku di tanah Arab ketika ini khususnya di Mesir memperlihatkan kepada dunia betapa "hak" dan "tanggungjawab" bukanlah perkara yang boleh diambil ringan apatah lagi ia merupakan amanah dan kepercayaan yang diserahkan oleh rakyat kepada kepimpinan negara.

Sehebat manapun kerajaan di atas muka bumi ini jika tidak berpaksikan kepada rakyat maka lenyaplah ia dari mentadbir atau memerintah negara. Mungkin kita pernah dihidangkan dalam sejarah tamadun dengan kekuatan kerajaan besar terdahulu seperti Rom, Byzantine, Turki  Uthmaniah, Andalusia, Cardova dan kerajaan lain tetapi  disebalik kekuatan mereka, ia tetap didukung sepenuhnya oleh rakyat.

Kemunduran ekonomi, rasuah di kalangan pemimpin, kemiskinan yang tidak terbela, dan kadar pengangguran yang melampau di bumi Mesir telah buatkan rakyat di sana semakin berang, ditambah pula dengan hampir separuh usia si pemimpin memerintah tanpa adanya sebarang kemajuan buatkan jiwa-jiwa penduduk di sana semakin nekad, berazam dan yakin bahawa revolusi mengejut adalah jalan yang paling berkesan bagi menghalau si pemerintah yang tidak bertanggungjawab.

Biarpun tanggapan negative terpahat di mata-mata masyarakat luar tentang sikap"agresif" penduduk Mesir yang mengakibatkan huru-hara, kacau bilau dan suasana tidak aman tetapi tidak ramai yang mahu menyelami sedikitpun hati dan perasaan mereka yang telah dizalimi selama 82 tahun oleh si pemerintah dengan membiarkan hak-hak rakyat terabai, tidak terurus, dan terasing .Bumi Mesir yang sepatutnya hasil kekayaannya diagih-agihkan kepada rakyat hanya dijadikan harta kemewahan si pemerintah dengan mengaut keuntungan semahu-mahunya sedangkan rakyat diperlakukan tidak ubah seperti boneka.

Rakyat mana yang mampu bersabar dengan tingkah laku sedemikian?.Tatkala mata mereka ditatap dengan kesenangan masyarakat luar tetapi kehidupan mereka tetap tidak berubah seperti "menunggu rezeki turun dari langit".Rakyat disana juga hanya menunggu kepimpinan baru yang lebih layak dari presiden mereka "Husni Mubarak"

Kini revolusi di sana perlu dijadikan pengajaran dan tauladan oleh kerajaan Malaysia sekarang. Peluang yang diberikan lebih dari 50 tahun untuk mentadbir negara tidak boleh dijadikan bahan mainan oleh kerajaan. Mungkin tidak keterlaluan jika mengatakan rakyat di malaysia juga sudah bosan dengan mainan politik pihak kerajaan yang banyak memutar belitkan fakta,  menaikkan harga barang sesuka hati, menzalimi rakyat secara halus dan mengaut keutungan negara sesuka hati.

Mungkin semangat rakyat Malaysia tidaklah sehebat semangat " pejuang" rakyat di tanah arab tetapi jika api yang kecil dibiarkan lama tanpa memadamnya pastinya ia akan merebak dan membakar benda-benda di sekeliling dan akhirnya menjadi api besar yang menyambar apa-apa sahaja yang dekat dengannya.

Kerajaan di Malaysia tidak boleh lagi berselindung dengan setiap perbuatan negative yang cuba ditutup dengan berita-berita palsu bagi mengelirukan rakyat. Cukuplah rakyat di sini tahu bertapa jahilnya anda menguruskan ekonomi kerana setiap hari rakyat sering dihidangkan dengan kenaikan harga barang, cukuplah rakyat tahu bertapa kejinya anda kerana sanggup menjadikan Israel sebagai penasihat, Cukuplah rakyat tahu bertapa kejamnya anda kerana membunuh mangsa  anda secara sulit, cukuplah rakyat dijamu dengan berita bahawa negara ini antara negara 10 teratas yang sukakan hiburan dan antara negara tertinggi mengalami masalah sosial yang parah, Cukuplah  juga rakyat dihantui selama ini bahawa pemimpin negara  ialah pemimpin yang dahagakan arak.judi , dan zina, Cukup..Cukup..Cukuplah.

Ambillah pengajaran dari kerajaan Turki Uthmaniah yang jatuh akibat kejahilan dan kezaliman pemerintahnya, kajilah semula mengapa kerajaan Andalusia digulingkan.Rakyat masih memberi peluang untuk pemimpin mentadbir dengan syarat jangan jadikan rakyat negara ini seperti bahan mainan dan tadbirlah negara ini dengan penuh rasa ikhlas , tanggungjawab dan patuh pada ajaran islam sepenuhnya. Rakyat tidak mahu menunggu perubahan yang ingin dilakukan hanya dihiasi dengan janji manis, sebaliknya jika benar pihak kerajaan semakin hilang punca untuk mengurus dan mentadbir negara lepaskanlah " Malaysia" dengan cara baik kerana rakyat masih mempunyai pemimpin yang dirasakan layak untuk membimbing dan mewarnai masa depan mereka .


p/s~ kita tidak ketandusan rakyat yang mampu cetuskan revolusi...senyap bukan petanda rakyat menyokong segala tindakkan yang merimaskan.


No comments:

Post a Comment