sekilas pandang "4Flat vs love"

 Program motivasi perdana yang berlangsung malam tadi di kampus besar K.U.I.N berjaya berlangsung dengan jayanya apabila mendapat sambutan kira-kira hampir 3000 penuntut di sana.

Tajuk program tersebut iaitu" 4Flat vs Love" ternyata berjaya menarik perhatian penuntut kolej universiti insaniah  apabila seawal jam 8 malam dewan sudah dipenuhi dengan pelajar muslimat yang memenuhi hampir separuh dari dewan dan selebihnya  dipenuhi oleh para pelajar muslmin, staff dan para pensyarah.

Disampaikan oleh pakar Motivasi yang bergiat aktiv dengan dakwah di sabah dan serawak iaitu "Akhwan Afandi" ternyata begitu menghiburkan apabila sketsa awalnya berjaya memainkan  emosi dan jiwa penonton sehinggakan ramai yang menitiskan air mata terutamanya pelajar muslimat yang tersentuh dengan jalan cerita yang disampaikan beliau.

Program tersebut berlangsung hampir 3 jam nyata berjaya menyedarkan mahasiswa agar tidak terjebak dengan "cinta kampus" yang sebenarnya adalah faktor kejatuhan seseorang mahasiswa dari mencapai kecemerlangan di universiti

Seiring dengan Motivasi yang disampaikan ,Akhwan Afandi juga turut menghiburkan semua yang hadir dengan lagu-lagu nasyid ciptaan beliau antaranya ialah "dia pencipta" dan turut memperkenalkan albumnya. Disamping itu, siri motivasi yang dijual dalam bentuk vcd juga dimuatkan dengan 5 buah lagu yang menjanjikan kepuasan kepada pendengar.

Program yang dianjurkan semalam juga bukan semata-mata kerana cinta tetapi turut menyedarkan mahasiswa  betapa hubungan dengan Allah, ibu-bapa dan masyarakat sekeliling amat penting bagi membawa seseorang umat islam itu kearah landasan kejayaan sebenar.
.
Perjalanan program semalam berjaya ditamatkan dengan sempurna pada jam 11.45 pm.


No comments:

Post a Comment