Aktiviti menarik di kampus K.U.I.N minggu ini

Skuad pilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kolej universiti insaniah menerima tamparan hebat apabila tewas kali yang ketiga berturut-turut  tengah hari  tadi sekaligus menyingkirkan mereka dari layak ke suku akhir dan menduduki tangga tercorot kumpulan b sukan bola sepak integrasi K.U.I.N.

Turun berhadapan dengan Rb soccer  di stadium mini K.U.I.N dan diperkuatkan oleh 2 orang pemain luar negara iaitu pelajar Nigeria dan Somalia ternyata berjaya memberi tekanan kepada pasukan rb soccer di separuh masa pertama apabila kedua-dua pasuka terikat 0-0.

Di separuh masa pertama pilihan mpm berjaya menyerap tekanan  dari asakkan  rb soccer sambil sekali sekala melancarkan beberapa serangan .

Namun di separuh masa kedua pilihan mpm kelihatan hilang punca untuk mengatur serangan dan hampir dibolosi seawal minit ketiga di separuh masa kedua namun kecekapan penjaga gol pilihan mpm menafikan sekurang-kurangnya 4 percubaan berbahaya. Situasi menjadi tegang pada pertengahan minit permainan apabila penonton mula menyalahkan pengadil apabila gol yang dijaringkan oleh rb soccer dibatalkan kerana terkena tangan pemain mereka sendiri.

Gol yang dicari Rb soccer akhirnya tiba pada lewat permainan apabila pengadil memberikan hadiah sepakkan panalti apabila kawalan kurang kemas pemain pilihan mpm terkena tangan.Panalti yang diberikan mudah disempurnakan oleh pemain tengah mereka untuk menewaskan keeper import pilihan mpm dari Nigeria.

Permainan menjadi semakin rancak pada minit-minit terakhir permainan apabila asakkan bertubi-tubi dari Rb soccer berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pilihan mpm dan hasilnya Rb soccer berjaya memperolehi gol kedua mereka sekaligus melenyapkan sisa-sisa perjuangan mpm untuk memburu slot ke suku akhir.

Kemenangan yang dilakar oleh Rb soccer itu terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu kumpulan b apabila berjaya  mengumpul 7 mata dari 3 perlawan setakat ini.

Lebih manis, Rb soocer berjaya mengekal rekod tanpa kalah setakat ini dan hanya perlu seri dalam 2 lagi perlawanan untuk ke slot kalah mati.

Mengulas lanjut perlawanan tersebut iaitu Nash bin Zain , penyokong setia skuad pilihan mpm berkata" saya berharap agar skuad mpm meneruskan perjuangan mereka biarpun telah tersingkir kerana dalam bola sepak menuntut setiap pemain berjuang dengan emosi mereka, jadi teruskan disiplin anda dan bermainlah dengan semangat kesukanan dan nilai keharmonian yang tinggi"
.
Dalam pada itu, sudah tiga pasukan melayakkan diri ke suku akhir iaitu pasukan dari kumpulan A,C dan D. Salah satu dari kumpulan tersebut ialah pasukan terdekat dengan Rb soccer iaitu Rb fc yang benaung di bawah kelab pengurusan yang sama.

Sukan Integrasi Kuin kali ini juga menampikan pasukan -pasukan dari luar negara iaitu antaranya ialah Nigeria, somalia kemboja dan Thailand.

No comments:

Post a Comment