Somalia beraksi di final sukan bola sepak K.U.I.N

 Sukan Integrasi Kolej Universiti Insaniah telah tiba ke penghujungnya apabila perlawanan yang membabitkan suku akhir dan separuh akhir telah selesai berlangsung  pada pagi tadi.

Dalam  perlawanan  pagi tadi , menyaksikan 8 perlawanan berlangsung di peringkat suku akhir dan 4 perlawanan berlangsung di peringkat separuh akhir.

Pasukan dari Somalia berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila layak ke final buat kali kedua berturut-turut selepas berhempas pulas menewaskan pasukan cenderawasih yang mewakili kuliyah muamalat dengan keputusan 2-0.

Perlawanan di antara Somalia dan cenderawasih ternyata berjaya membuatkan penonton yang datang terhibur dengan corak serang balas diantara kedua-dua belah pasukan.

Dalam separuh masa pertama  Somalia dilihat sukar untuk menembusi barisan pertahanan cenderawasih apabila kubu kuat cenderawasih diperkuatkan dengan   kehadiran seorang pemain yang berpengalaman beraksi untuk skuad piala presiden kedah sebelum ini.

Namun begitu,  barisan serangan cenderawasih boleh dipersalahkan apabila melepaskan beberapa peluang terhidang pada pertengahan minit separuh masa pertama dan gagal menterjemahkan setiap peluang dengan gol. Pasukan somalia juga hampir membuka tirai jaringan lewat minit terakhir permainan tetapi percubaan penyerang berbisa mereka dapat diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Di separuh masa kedua, pasukan cenderawasih seakan hilang punca apabila mudah melakukan kesilapan dengan hantaran yang liar serta mudah kehilangan  bola.Kesilapan demi kesilapan pasukan cenderawasih akhirnya dhukum oleh pasukan Somalia apabila pemain tengah mereka yang tidak dikawal mudah merembat masuk bola pada jarak 25 meter sekaligus memecah kebuntuan gol.

Tersentak dengan jaringan itu ,pasukan cenderawasih mula memperkemaskan permainan dengan asakkan bertubi-tubi kearah gawang gol lawan namun kecekapan penjaga gol somalia "Dauda" menafikan hampir 6 percubaan pasukan cenderawasih.

Gol yang dicari pasukan cenderawasih  seperti seakan hampir tiba  apabila tendangan percuma yang dihadiahkan pengadil dan diambil oleh penyerang mereka melencong tepat kaearah gawang gol lawan, namun kecekapan Dauda sekali lagi menghampakan  penyokong mereka.

Mungkin disebabkan terlalu ghairah memburu gol akhirnya membawa padah sekali lagi kepada cenderawasih apabila serangan mengejut oleh pasukan Somalia  gagal dihalang oleh cenderawasih yang berjaya mencatat gol kedua perlawanan sekaligus memberikan kemenagan mutlak 2-0 kepada pasukan dari Afrika tersebut .

Kemenangan tersebut telah melayakkan pasukkan Somalia ke pentas final yang akan berlangsung petang ini dimana lawan mereka yang diwakili oleh pelajar diploma pengurusan perniagaan iaitu mutira fc turut mencatat kemenangan selesa keatas junior fc di separuh akhir dengan keputusan yang sama iaitu 2-0.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat berserta penentuan final akan bemula jam 5.oo petang ini di stadium mini K.U.I.N

No comments:

Post a Comment