PERAK BELUM MAHU TEWAS

Ketika rekod pasukan Kelantan selaku pendahu liga super sekarang sudah dicalarkan oleh pasukan bukan pilihan Pahang dalam perlawanan liga super sabtu lalu pasukan Perak pula seperti semakin liat untuk ditumbangkan oleh mana-mana pasukan setakat ini.

Setelah mengharungi 7 perlawanan dengan mengutip 13 mata pasukan yang digelar seladang itu terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka biarpun kedudukan mereka di tempat kedua telah turun ke tangga ke 4 liga super.

Rekod terkini pasukan Perak itu telah mula membuka mata pengalisis bola sepak tanah air dimana pasukan dari utara itu dilihat mampu menjadi pencabar utama untuk mengenggam salah satu piala yang dianjurkan dalam saingan bola sepak Malaysia.

Pada musim-musim sebelum ini pasukan perak telah melalui detik kegelapan apabila hanya menjadi pasukan belasahan kepada pasukan lain dan hampir disingkirkan dari liga super tetapi nasib tersebut lebih layak diterima oleh sebuah lagi pasukan dari utara iaitu pulau pinang  setelah mempamerkan aksi kurang konsisten pada tahun lepas sehingga terpaksa bermain dalam liga perdana pada musim ini.

Buat peminat pasukan "kejor yob kejor" sudah pasti ingin melihat pasukan kesayangan mereka itu terus mengekalkan rekod tanpa kalah  tetapi keputusan 3 kemenangan dan 4 seri sebenarnya telah mula mengundang resah buat jurulatih mereka yang lebih dikenali dengan gelaran "cikgu Jan".

Dalam sebuah akhbar tempatan sebelum pertemuan menentang pasukan T-Team sebelum ini cikgu Jan menganggap pasukan bimbingannya itu masih berada dalam prestasi kurang meyakinkan dan hanya bermain dengan baik apabila diberikan kata-kata semangat.

Nada resah cikgu Jan sememangnya bertempat kerana jika dinilai prestasi skuad seladang ketika ini pasukannya itu seperti ketandusan kemenangan apabila hanya mampu seri dalam 2 perlawanan terakhir mereka biarpun beraksi di halaman sendiri.

Jesteru Pasukan Perak perlu membuktikan kepada penyokong mereka apabila melayani kunjungan Terangganu di stadium Ipoh hari ini 15 hb 3 2011 dalam saingan suku akhir piala FA.

Jika diambil kira keputusan Terangganu yang tewas di tangan kedah 1-2 baru-baru ini pasukan dari pantai timur itu sudah pasti ingin membalas dendam dengan menghadiahkan kekalahan pertama kepada pasukan perak dihadapan penyokng sendiri.

Oleh itu , skuad Seladang perlu memperbaiki kelemahan yang ketara dalam pasukan terutamanya di posisi serangan supaya mampu untuk menjaringkan gol dan memperoleh kemenangan pada setiap perlawanan yang ditempuhi.

Buat pasukan perak, teruskan rekod kecermelangan anda! 

Insha Allah dengan usaha dan komitmen yang tinggi stasus " juara " sudah pasti mampu dimiliki.







No comments:

Post a Comment