PELAJAR MUAMALAT KUIN PINTA PENJELASAN

Minggu peperiksaan akhir yang hampir tiba ke penghujungnya seakan menjadi kerisauan kepada seluruh pelajar Muamalat.

Persoalan mengenai tarikh sebenar perpindahan ke Stargate masih menjadi tanda tanya kerana keputusan rasmi belum disahkan oleh pengurusan Kuliyyah Muamalat selaku pengurusan yang memayungi hampir 1400 pelajarnya ketika ini

Perkara ini sememangnya merungsingkan kebanyakkan pelajar khususnya kepada yang menetap di rumah sewa kerana selagi tiada "keputusan rasmi" maka ianya memberi kesan kepada pelajar muamalat yang tinggal luar dari negeri kedah dan juga kepada para pelajar antarabangsa seperti Kemboja dan Thailand kerana perlu untuk mendapatkan rumah sewa sebelum bermula semester baru nanti.

Sebelum ini dikhabarkan sudah 2 kali masyuarat di peringkat atasan diadakan tetapi tampaknya masih belum ada sebarang jawapan yang dikeluarkan oleh Kuliyyah Muamalat .

Setakat ini, yang kedengaran hanyalah ura-ura mengatakan seluruh warga muamalat akan berpindah bermula semester depan tetapi tarikh sebenar masih belum diketahui . Kelewatan mengeluarkan arahan dikhuatiri menyebabkan keadaan akan menjadi " kelam kabut " pada awal semester depan kerana saban tahun pendaftaran pelajar yang membabitkan kuliyyah muamalat semakin bertambah bersesuaian dengan pertambahan kos yang ditawarkan.

Maka dalam hal ini, Kecekapan pengurusan amatlah ditagih supaya para pelajar tidak diperkotak-katikkan dengan isu yang dianggap masih samar-samar dalam kesahihanya.

Harapan menggunung juga diletakkan di bahu pihak atasan agar menguruskan hal ini dengan sebaik-baiknya . Sebolehnya juga, penerangan isu semasa tentang perpindahan ke stargate dapat dijelaskan segera oleh pihak yang terlibat supaya para pelajar dapat mengetahui perkara ini dengan sebenar dan tidak tersalah dalam membuat keputusan dan perancangan .

No comments:

Post a Comment