KONSERT AMAL SATU CINTA

TAHNIAH UNTUK KEMUDI !!!

Alor Setar, Kejayaan menganjurkan konsert amal satu cinta oleh Kelab Muda Insaniah (kEMUDI) wajar diberikan penghargaan.

Konsert Amal Satu Cinta yang bertujuan mengutip dana untuk anak-anak yatim sekolah batu 9 Yan Kedah berjaya meraikan mereka dengan program yang tersusun dan menarik.

Pada Malam tersebut menampilkan 4 kumpulan nasyid K.U.I.N dengan salah satunya ialah kumpulan yang baru ditubuhkan iaitu MASRY serta penampilan istimewa daripada Ustaz Hasnul Jamal yang terkenal dengan lagu nasyid berjudul "Subhanallah Walhamdulillah" suatu ketika dahulu.

Persembahan dari Ustaz Hasnul Jamal iaitu bekas anggota kumpulan DIWANI berjaya menggamit perhatian penonton dengan lagu-lagu beliau yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan mesej berguna kepada seluruh penonton yang hadir.  Antara lagu-lagu yang disampaikan ialah "cari jodoh", "mukmin sejati" dan lagu tema konsert iaitu " satu cinta".

Penganjuran konsert amal satu cinta yang dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan baru K.U.I.N iaitu MASRY juga amat menghiburkan. Walaupun masih terlalu muda dengan dunia nasyid di bumi K.U.I.N tetapi MASRY berjaya menampilkan persembahan yang matang dan meyakinkan dan berpotensi untuk mengorak lebih jauh dalam industri nasyid tanah air.

Dalam pada itu, sesi perletakkan jawatan dan perlantikan Majlis tertingi KEMUDI turut diumum dan diperkenalkan . 

Majlis turut diserikan dengan tema "kesultanan melayu Melaka" dimana setiap penonton disajikan dengan suasana pada zaman tersebut serta dihidangkan dengan persembahan gimit yang memukau.

Dengan kejayaan menganjurkan konsert amal satu cinta semalam pastinya satu kepuasan bagi KEMUDI yang menutup tirai semester ini dengan penuh bergaya dan menaikkan lagi nama kelab ini di mata pelajar sebagai satu-satunya kelab yang berorentasikan kebudayaan dan kesenian.

Dianggarkan hampir 100 penonton yang hadir pada kali ini dan turut diundang dalam konsert semalam ialah kumpulan fine dan univoice.

KEMUDI adalah antara salah satu kelab yang aktif di Kolej Universiti Insaniah dengan pelbagai program yang dirangka setiap tahun.

No comments:

Post a Comment