ISU SEMASA KUIN

Masalah yang seakan tiada penghujungnya terus " melanda" kolej Universiti Insaniah apabila isu yang membabitkan pergantungan 6 pelajar institusi tersebut mendapat liputan meluas dari pihak media.

Tindakkan tataterbib yang dikenakan oleh pihak pengurusan KUIN kepada pelajar yang terbabit dalam demontrasi bagi membantah penubuhan sekolah Insan Bestari di kediaman pelajar tahfiz sebelum ini menyebabkan keadaan menjadi bertambah rumit.

Sebelum ini, dilaporkan Menteri Besar Kedah Yang Behormat Dato Seri Ustaz Azizan selaku pengerusi kolej tersebut juga kurang bersetuju dengan tindakkan segelintir pelajar yang disifatkanya sebagai "salah paham" dalam isu terbabit.

Perkara ini membuatkan panel siasatan ditubuhkan bagi menyisat salah laku pelajar yang mengangotai demontrasi tersebut dan tindakkan juga bakal dikenakan bagi yang didapati bersalah.

Keputusan itu sekaligus mendapat perhatian daripada sekumpulan mahasiswa yang menghantar memorandum kepada President Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang agar beliau menasihati kerajaan negeri Kedah supaya bersikap lebih realistik dalam menangani masalah yang dibangkitkan pelajar.

Namun begitu usaha untuk mengheret sama penglibatan President Pas tersebut dianggap kurang bijak kerana ia bakal membuatkan situasi yang berlaku sekarang ini bertambah buruk.

Malah, perkara seumpama ini juga akan dijadikan medan oleh musuh politik untuk terus memburukkan dan menjatuhkan imej pakatan rakyat .

Ia juga akan dijadikan agenda oleh musuh politik untuk merampas semula negeri Kedah dari Pentadbiran Pas sekiranya masalah yang sebenarnya adalah "remeh temeh" terus dicanang-canang dan dibiarkan tanpa penyelesaian yang tepat.

Bagaimanapun , nasib 6 pelajar terbabit belum diketahui sepenuhnya dan dipinta pihak atasan KUIN memberikan keadilan sepenuhnya kepada mereka sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.

No comments:

Post a Comment