RON95 ADALAH HADIAH UNTUK RAKYAT..TERIMA KASIH NAJIB!!

Kerajaan kepimpinan Dato Seri Najib terus menunjukkan sikap " keprihatinan" kepada rakyat Malaysia apabila minyak ron 95 bakal dinaikkan tidak lama lagi.

Meskipun ia  belum disahkan secara rasmi tetapi perkara ini sudah tersebar luas dalam kalangan rakyat Malaysia yang boleh bersedia dalam menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Kesahihan harga RON 95 yang  bakal naik sudah boleh dibayangkan apabila perkara ini turut diperkatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Dato Seri  Ismail Seri Yaakob.

Memetik kata beliau yang disiarkan dalam Bernama.com rakyat di Malaysia dipinta bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol 95.

" Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga" ujarnya beliau lagi.

Kenaikkan harga RON 95 sudah cukup memberikan mesej jelas betapa kerajaan Malaysia menindas rakyat secara halus dan yang lebih teruk ia akan memberikan kesan kepada semua pengguna terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Jika harga RON95 berhaga RM 1.90 seliter sebelum ini dinaikkan dengan berlaku pertambahan sebanyak 5 sen sejak disember tahun lepas tetapi kenaikkan pada kali ini juga dilihat bakal bertambah dengan lebih lagi kerana kerajaan dilihat semakin rungsing untuk menampung semula wang berjumlah RM 52 bilion saham bumiputera yang " lesap" begitu sahaja dan tidak termasuk kerugian perbelanjaan negara yang lain.

Lebih memalukan kerajaan semakin terdesak untuk menutup kegagalan dalam menguruskan ekonomi dan dasar-dasar lain dengan sengaja mewujudkan isu kononnya Kristian sedang berusaha untuk merampas kuasa dan mentadbir negara ini dengan perlantikan Perdana Menteri dalam kalangan mereka.

Pembohongan ini turut dikecam oleh Menteri Besar Pulau-Pinang Lim Guang Eng yang beranggapan berita mengenai isu " kristian" yang turut disiarkan dalam berita Utusan Malaysia tidak lebih, sekadar untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mengetahui kagagalan sebanar  kerajaan dalam mentadbir negara.

Justeru, rakyat diharap tidak terperangkap dengan segala taktik kotor pihak kerajaan yang dilihat sudah parah dalam membaikpulih semula hubungan dengan rakyat angkara " kehilangan" pengaruh besar dalam pilihan raya sebelum ini khususnya pengundi cina.

Malaysia berada di tangga ke-27 pengeluar minyak di dunia dan merupakan negara yang terlalu kerap  menaikkan harga minyak dengan harga yang tidak berpatutan .

No comments:

Post a Comment