LAPORAN AKHBAR KOSMO PERLU DIPERTIKAI: JERSI BIRU SKUAD MALAYSIA

Prestasi semasa Malaysia yang meningkat naik selepas kejayaan muncul juara dalam Piala Suzuki Aff  barangkali bukan atas faktor sumbangan para pemain sendiri.

Buktinya , laporan akhbar kOSMO yang mula mengaitkan kejayaan skuad negara adalah disebabkan tuah jersi biru berbanding jersi kuning yang memberikan keputusan hambar dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

Berbanding jersi biru yang kononnya banyak membawa tuah kepada pasukan Malaysia bukannya perkara yang boleh diambil ringan kerana perkara sebegini amat bersangkut paut dengan soal akidah umat islam.

Pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 menyaksikan Malaysia memakai jersi kuning dan tewas 1-5 kepada tuan rumah Indonesia di Jakarta.

Jersi kuning tidak lagi digunakan pada 2 perlawanan seterusnya sebaliknya pasukan kebangsaan bertindak menggunakan jersi biru dan ia berhasil apabila Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir setelah mengikat Thailand dengan keputusan 0-0 dan membenam Loas 5-1.

Aksi separuh akhir turut menguatkan kepercayaan segelintir pihak kepada tuah jersi biru apabila Malaysia yang turun dengan jersi sama berjaya menewaskan Vietnam di Bukit Jalil dengan kemenangan 2-0.

Berbeza pada separuh akhir kedua Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Vietnam di Hanoi apabila memakai jersi kuning.

kemenangan sekali lagi dirakam oleh skuad kendalian Dato K Rajagobal dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 dalam aksi final pertama sebelum tewas kepada pasukan sama 1-2 dalam aksi timbal balik di stadium lawan . Begitupun kejuaraan tetap milik Malaysia dengan kelebihan agregat 4-2.

Kepercayaan kepada tuah jersi biru ini diteruskan pada aksi perlawanan persahabatan tahun ini apabila Malaysia menwaskan Hong kong 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 1-1 dengan Hong Kong di tempat lawan dan dengan mengenakan jersi biru skuad kebangsaan sekali lagi menang 2-0 ke atas Myanmar di kota Bharu.

keputusan seri 1-1 sebelum itu dalam aksi persahabatan menentang kelab Etoil Fc di singapura juga didakwa disebabkan jersi kuning .

kemenangan 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama pra kelayakan piala dunia pula dikatakan angkara tuah jersi biru tersebut.

Seperti biasa Jersi kuning dipersalahkan apabila Malaysia tewas di tangan Taiwan 2-3 semasa bertandang ke tempat lawan. Namun Malaysia tetap mara dengan kelebihan jaringan tempat lawan sekalipun terikat dengan agregat 4-4.

Ternyata laporan akhbar tersebut mengaitkan Malaysia yang mengharungi 13 perlawanan sejak berakhirnya piala Suzuki Aff 2010 , 4 daripadanya berakhir dengan keputusan kurang "enak" dengan 2 seri dan 2 tewas apabila mengenakan jersi kuning.

kejayaan merangkul pingat emas dalam sukan SEA 2009 dan mara ke pusingan kedua sukan Asia 2010 setelah 32 tahun tidak layak juga dianggap " untung " yang ada pada jersi berwarna biru itu.

kepercayaan karut sedemikan seharusnya dipertikaikan kerana ia boleh merosakkan akhidah umat islam yang seharusnya bergantung kepada usaha dan percaya  kejayaan  yang datang hanyalah dari Allah .

No comments:

Post a Comment