Taiwan tundukkan Malaysia, Singapura Laungkan Amaran

Taiwan terpaksa akur  biarpun berjaya menewaskan pasukan Malaysia 3-2 dalam perlawanan kedua pusingan pertama pra kelayakan piala dunia 2014.


Malaysia mara dengan agregat 4-4 mengatasi lawan hasil kelebihan jaringan di tempat lawan sekaligus menempah tiket untuk beraksi menentang Singapura yang mendapat bye untuk pusingan kedua .

2 jaringan yang diperolehi walaupun bolos dengan 3 gol memberikan kelebihan buat skuad negara menyingkirkan Taiwan di pusingan pertama ini.

Kekalahan di tangan pasukan yang berada di ranking 160 dunia berbanding Malaysia yang berada di ranking 144 mengejutkan banyak pihak sekaligus menimbulkan persoalan tentang kemampuan anak didik Dato k Rajagobal untuk mara lebih jauh dalam pusingan kelayakan kali ini.

Kelemahan ketara yang harus segera diperbaiki ialah bahagian pertahanan yang kerap melakukan kesilapan mudah serta  mudah hilang fokus jika diserang dengan corak permainan  pantas oleh pihak lawan.

Meskipun , hanya ada beberapa minggu sahaja lagi sebelum pertemuan menengtang Singapura jurulatih  skuad kebangsaaan harus merancana sesuatu terhadap anak buahnya yang tampak hilang watak sebagai wira Asia Tenggara .

Bagi pasukan jiran Singapura pula sudah pasti memiliki ramuan ampuh untuk menewaskan Malaysia kerana pasukan tersebut memiliki peluang mengkaji corak permainan pasukan negara dalam 2 perlawanan menentang Taiwan.

Dengan nada sindiran jurulatih pasukan tersebut memilih pasukan Malaysia sebagai pemenang dalam pusingan pertama bertemu Taiwan sebelum bakal disingkirkan Singapura dalam perlawanan pusingan kedua nanti menggambarkan bertapa pasukan jiran itu sudah bersedia sepenuhnya dalam perlawanan yang membabitkan 2 seteru utama tersebut.

"saya memilih Malaysia sebagai pemenang bertemu Taiwan sebelum bertemu pasukan kami dan sudah pasti Singapura akan menyingkirkan Malaysia dalam pusingan kedua"

Begitupun, kelebihan menjadi milik Malaysia yang akan beraksi terlebih dahulu di stadium Singapura sebelum bertemu sekali lagi di halaman sendiri.

Kedua-dua pasukan masih belum pernah bertemu sejak tamatnya edisi Piala Suzuki AFF  pada penghujung tahun lepas.

1 comment: