MENYESALNYA AKU MENINGGALKAN SOLAT....

Dunia semakin lelah dan tenat untuk menampung seluruh isi yang dikandungnya. Mungkin kerana dunia ini semakin menuju ke saat kehancuranya lantas buatkan manusia tidak lagi berasa aman dan selamat untuk hidup di atasnya.

Tsunami, Gempa bumi , letusan gunung berapi dan pelbagai lagi bencana yang berlaku bukan lagi perkara biasa kepada manusia sebaliknya semua ini ibarat sebuah "kisah wajib" yang patut dihayati dan difahami oleh seluruh manusia.

Kini manusia tidak boleh lagi berasa aman walaupun tinggal di negara yang bebas dari bencana alam. Hanya menunggu masa yang ditetapkan oleh Allah  seluruh manusia akan turut sama-sama merasa bertapa ganasnya dunia menyerang dan menghukum manusia dengan rasa amarahnya.

Statistik kematian di Jepun akibat tsunami telah mencatatkan  bertapa rakusnya dunia menghukum manusia dengan ribuan nyawa yang terkorban . Di negara bergolak  pula seperti di Libya , Iraq, Thailand dan pelbagai lagi telah merakamkan hampir jutaan nyawa yang melayang akibat peperangan dan penindasan. Suka atau tidak suatu hari nanti angka kematian  yang bakal direkodkan bukan lagi jumlah yang boleh dibaratkan kecil seperti yang berlaku pada hari ini  tetapi jumlah yang bakal direkodkan adalah merangkumi seluruh nyawa manusia dan kehidupan makluk lain. Ianya akan berlaku pada hari jumaat dan dirahsiakan tarikhya , itulah jumlah kematian yang akan berlaku pada hari khimat.

Sudah pasti pada hari yang disebut sebagai "perhimpunan manusia" itu akan menghimpunkan seluruh manusia iaitu dari umat nabi Adam sehinggalah kepada umat nabi Muhammad. Setiap manusia yang ditugaskan menyelesaikan misi masing-masing sebagai hamba Allah  di dunia akan dipertanggungjawab sepenuhnya bila dibawa menghadap pencipta mereka yang selama ini hanyalah disebut-sebut dan didengar nama-NYA sewaktu hayat di dunia. Misi  utama yang wajib disempurnakan oleh manusia yang mengakui dirinya islam ialah menunaikan solat 5 waktu dan misi ini hanya boleh dilaksanakan oleh jiwa yang dididik dengan kesabaran sahaja.

Untuk menunaikan solat bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan perkara yang payah. Sekiranya ia mudah sudah pasti ramai yang menunaikannya dan jika ia payah pasti semua tidak akan mahu melakukannya. Adakalanya kita meninggalkan solat kerana terlalu letih dan mengantuk dan ia memerlukan sifat sabar yang menuntut manusia melaksanakan perintah wajib dari Allah itu. Waktu subuh amnya ramai yang tumpas dan hanya segelintir yang mampu untuk solat berjemaah di masjid dan selebihnya hanya melaksanakan solat subuh di akhir waktu atau terus meninggalkannya. Mereka yang mampu untuk solat berjemaah di awal waktu di masjid berjaya malakukannya kerana dalam hati mereka mempunyai sifat sabar yang kuat serta menahan gelora nafsu mereka untuk tidak bersolat.

Pada hari dijanjikan kisah kehancuran dan hukuman yang menakutkan itu, manusia yang paling takut dan malu untuk mengadap Allah adalah manusia yang lalai dan meninggalkan solat dengan sengaja sewaktu  masih diberi peluang untuk hidup .Pada hari itu  juga manusia yang sebelum in hanya mengambil ringan mengenai solat akan dirantai dengan sesalan yang tiada penyudahnya. Mereka ini akan diazab dengan hukuman yang tidak pernah dilihat apatah lagi dirasa kerana itulah seburuk-buruk azab dan siksaan yang ingin dihadiahkan Allah buat manusia yang ingkar dan leka dengan misi yang telah diamanahkan.

Meskipun dunia pada hari ini sudah berkali-kali mengingatkan manusia dengan pelbagai kemusnahan tetapi ia belum cukup untuk menyedarkan manusia supaya berubah dan kembali kepada Allah s.w.t. Bayangan kecil kemusnahan yang akan berlaku pada hari kiamat nanti masih belum mampu untuk menakutkan manusia supaya tidak meringankan soal solat walupun kemusnahan yang menunggu manusia di hari kiamat nanti adalah lebih dasyat dan tidak boleh digambarkan dengan akal fikir manusia.

Semua itu berlaku apabila dalam hati manusia tidak ada perasaan takutkan Allah. Hati yang diciptakan Allah bersih dan suci telah menjadi gelap kerana terlalu sarat dengan dosa . Nasihat dan teguran tidak lagi dijadikan sebagai penawar untuk mendidik diri sebaliknya ia dianggap sebagai piasu yang menghiris dan melukakan. Itulah manusia yang telah menjadi hamba kepada dunia sedangkan Allah tempat bergantungnya seluruh makhluk bukan lagi  dijadikan raja dalam hatinya.

Jika manusia dapat melihat nasib masing -masing di akhirat kelak sudah pasti mereka akan taat sepenuhnya perintah Allah. Tetapi itu tidak adil untuk Allah menganugerahkan syurga buat hamba-hambanya yang beriman sekiranya semua manusia meyaksikan sendiri ganjaran dan hukuman  yang menanti mereka di ahirat kelak. Oleh itu hanya manusia yang benar-benar berjaya melaknakan misi mereka di dunia ini sahaja yang layak menjadi tetamu istimewa Allah di syurga dan buat yang gagal selamat menempuh kehidupan baru di neraka.

No comments:

Post a Comment