SKUAD BBA TURUN PADANG BERSAMA WAKIL PARLIMEN PADANG TERAP

Alo Setar 20 hb 3 , Program amal khidmat masyarakat yang diatur oleh pelajar Muamalat Ijazah Pengurusan Perniagaan Kolej Universiti Insaniah  sebelum ini  akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Turun membawa misi untuk membantu anak-anak yatim, kurang upaya, dan faqir miskin di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi  Kuala Nerang Kedah, seramai 76 mahasiswa K.U.I.N dari skuad BBA sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi melihat dan merasai sendiri kedhaifan yang dialami oleh penghuni di pusat jagaan tersebut.

Perjalanan program yang berjalan sehari suntuk dengan penglibatan anak-anak muda dari K.U.I.N berjaya membuka mata pelbagai pihak antaranya badan-badan NGO iaitu Islamic Relief dan Terapcare serta berjaya menarik perhatian wakil parlimen Padang Terap dari Pas iaitu Ustaz Nasir Zakaria untuk turut serta dalam pogram yang dianjurkan.

" saya berharap agar usaha ini berterusan kerana usaha seperti ini akan mengundang rahmat dari Allah" jelas ustaz  Nasir Zakaria sewaktu majlis penutup program berkenaan.

" saya berharap agar mahasiswa K.U.I.N berjaya membuka mata masyarakat dengan program seperti ini kerana ini adalah salah satu usaha perjuangan di jalan Allah" tambah beliau lagi

Wakil parlimen dari Padang Terap tersebut turut melahirkan kebimbangannya tentang  perkembangan semasa mengenai masalah sosial yang semakin meningkat di Malaysia akibat dari permasalahan yang wujud di peringkat keluarga antara ibu -bapa dan para remaja  sehingga membawa kepada kes remaja lari dari rumah.

Beliau juga bakal membawa usul mengenai keadaan umat islam yang ditindas di Libya dalam masyuarat Parlimen tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Pusat Jagaan Mahabbah Al-Hashimi yang menampung anak-anak tersebut dengan dana sendiri diberi bantuan dari segi kemudahan asas rumah, pakaian, buku, makanan, serta sejumlah dana yang berupa wang tunai hasil dari kutipan derma orang ramai .

Namun, usaha tersebut  dilihat masih belum mampu untuk membantu sepenuhnya anak-anak yang kurang bernasib baik ini kerana pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi yang baru berusia setahun jagung beroperasi bukanlah pusat yang menerima  apa-apa bantuan dari kerajaan sebaliknya hanya dibangunkan dengan kewangan sendiri dan bantuan ihsan individu tertentu

sehubungan dengan itu, skuad bba mengambil inisiatif untuk menjadikan penghuni di pusat jagaan tersebut sebagai "anak angkat" dengan harapan bantuan yang diberikan tidak berhenti setakat ini sahaja malah diberikan bantuan yang termampu pada masa-masa akan datang.

 Jesteru, Skuad BBA juga amat berharap agar masyarakat luar mampu untuk bersama-sama mengembleng tenaga bagi membantu anak-anak tersebut supaya masa depan mereka lebih terjamin di masa akan datang.

Program yang dianjurkan adalah usaha sama Kuliyyah Ijazah Pengurusan Perniagaan dengan Persatuan Esekutif Muamalat (PERTEMU) dalam menjayakan aktiviti kali ini.





No comments:

Post a Comment