DEBARAN 24 JAM: TOLONG DOAKAN KAMI


Petaling Jaya- Kurang 24 jam dari sekarang pertembungan 2 musuh seteru dalam acara sepak takraw bakal bermula setelah KUIS dan KUIN dijadualkan bertemu pada perlawanan pembukaan kejohanan IPTIM kali ini.

Pertembungan 2 seteru utama ini bukan lagi menjadi medan untuk menguji pasukan masing-masing sebaliknya kedua-dua pasukan tersebut bertekad mahu memburu mata pertama pada perlawanan besok.

Kekecewaan ditewaskan KUIS dalam aksi peringkat kumpulan masih belum " terubat" sepenuhnya biarpun skuad takraw Insaniah berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir pada kejohanan IPTIM yang berlangsung di Kolej Universiti Melaka (KUIM) pada tahun 2009.

Kegusaran jelas terpancar di raut wajah para pemain bagi menghadapi perlawanan besok kerana bimbang keputusan yang sama bakal berulang sekali lagi.


( Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun ini)

Seperti kebiasaan KUIS dilihat pilihan terbaik untuk menang pada perlawanan tersebut kerana dibarisi oleh ramai pemain berbakat di setiap posisi termasuk mempunyai pemain simpanan yang berkualiti.

Namun, semua itu tidak akan melemahkan semangat skuad takraw KUIN yang berazam mahu beraksi dengan sebaik mungkin biarpun sedar laluan pada kejohanan kali ini begitu sukar berbanding kejohanan lalu.

Dalam pada itu, seluruh atlet yang selamat tiba di Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia (CFS IIUM) pada sabtu lalu berharap agar seluruh warga Kolej Universiti Insaniah mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka dalam membawa cabaran KUIN sepanjang kejohanan ini berlangsung.

1 comment: